DATO' ALIFF SYUKRI ADA 'COWOK BARU'


Daripada sekadar hobi yang gemar menyanyi dilamansosial Instagram rasminya, @aliffsyukriterlajaklaris, kini hobinya bertukar menjadi realiti dan selayaknya bergelar seorang penyanyi apabila telah menghasilkan beberapa buah lagu yang menjadi siulan ramai serta trending di Youtube seperti lagu "Abang Nak Tegur', 'Bobo Di Mana', 'Agama Kedamaian', dan 'Jom Raya'.Setiap lagu yang dihasilkan adalah sepenuhnya dari Dato' Aliff Syukri sendiri.


Kini Dato' Aliff Syukri kembali tampil lebih berani dengan 'Cowok Baru'. Lagu baru ini punya nuansa irama dangdut seberang. Musiknya lebih matang begitu juga dengan mutu vokal Dato' Aliff sendiri, sudah ada peningkatan berbanding single-single terdahulu.


Lebih menarik kali ini, Dato' Aliff Syukri menampilkan koloborasi bersama penyanyi yang pernah 'viral' dengan lagunya 'Tak Tun Tuang' nyanyian Upiak Isil serta Lucinta Luna yang mana pernah bergandingan bersama Dato Aliff Syukri di dalam lagu kontroversi ' Bobo Di Mana'.


'Cowok Baru' berkisar tentang pasrah seorang teman lelaki apabila ditinggalkan oleh kekasihnya yang mengejar teman baru yang lebih berada. Penggambaran video klip rasmi lagu ini telah dijalankan di bandaraya Jakarta, Indonesia. Dato Aliff Syukri sekali lagi melebarkan portfolio kreatif seninya apabila konsep klip video rasmi 'Cowok Baru' telah diarahkan oleh beliau sendiri bersama pasukannya.


"Saya berada di Jakarta selama seminggu bersama krew kumpulan saya dari Malaysia bagi menjalani proses rakaman dan penggambaran disini. Alhamdulillah, lagu ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang singkat walaupun terdapat pelbagai kesukaran yang telah diharungi dan dihadapi sepanjang proses untuk menyiapkan lagu ini." ujar Dato Aliff Syukri selepas majlis pradengar lagu terbarunya kepada pihak media.


'Cowok Baru' bakal dipasarkan ke pasaran Indonesia apabila Dato Aliff Syukri secara rasminya mengikat kontrak bersama syarikat DATU Entertainment yang sebelum ini pernah menembusi pasaran Indonesia menerusi lagi 'Siti Bilang Cuti' nyanyian Danial Zaini.


Datu Entertainment positif dengan kepakaran yang mereka ada , mampu mempromosikan lagu ini. Perancangan teliti telah diatur untuk lagu ini dimana 'Cowok Baru' akan dilancarkan di Jakarta, Indonesia seterusnya bakal dipasarkan ke 50 buah stesen radio tempatan disana.


Lagu 'Cowok Baru' boleh didengarkan menerusi platform penstriman digital seperti Youtube, Spotify, Apple Music, ITune, Joox dan Kkbox bermula pada 21 Ogos 2019 serta turut disediakan dalam bentuk nada dering yang boleh dimuat turun menerusi rangkaian telco tempatan seperti Digi, Maxis, Celcom dan Umobile.

Artis : Aliff Syukri feat Lucinta Luna, Upiak Isil Judul Lagu : Cowok Baru Album : Cowok Baru - Single

Sudah sayang, jujur saja Kalau kamu punya cowok baru Sudah sayang, bilang aja Kalau kamu punya pacar baru

Karena ku tahu kamu dari dulu Tak pernah cukup punya pacar satu Karena ku tahu semua tingkahmu Kamu pemburu duda yang baru

Iya kan kamu bohongi aku Iya kan kamu dustai aku Iya kan tipu-tipu diriku Iyakan iyakan iyakan…

Kamu selingkuh

Lucinta Luna:

Duh aduh abang Kamu bukan pilihan hatiku Sorry abang

Upiak:

Lebih baik dengan ku Ku terima sepenuh hatiku

Aliff Syukri:

Karena ku tahu kamu dari dulu Tak pernah cukup punya pacar satu Karena ku tahu semua tingkahmu Kamu pemburu duda yang baru

Iya kan kamu bohongi aku Iya kan kamu dustai aku Iya kan tipu-tipu diriku Iyakan iyakan iyakan…

Iya kan kamu bohongi aku Iya kan kamu dustai aku Iya kan tipu-tipu diriku Iyakan iyakan iyakan…

Kamu selingkuh

Kamu selingkuh

Kamu selingkuh

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.