GUARDIAN LANCAR PRODUK SUPLEMEN BERKUALITI TINGGI PADA HARGA MAMPU MILIK


Lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas.


Bunyinya mudah bukan? Sertai Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe untuk menguji keupayaan anda kerana cabaran ini tidak semudah yang anda sangka, ia akan membantu rakan-rakan dan keluarga anda untuk mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing serta mengingatkan mereka untuk mengambil dos harian suplemen kesihatan mereka.


Guardian memperkenalkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.


Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge merupakan satu cabaran yang mudah, menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn.


“Tetapkan pemasa yang terdapat di telefon mudah alih anda. Kemudian, tarik nafas yang panjang, masukkan sebiji Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet ke dalam segelas air pada suhu bilik, tekan butang pemasa tersebut dan hembus nafas melalui mulut sambil gigi terkatup untuk menghasilkan bunyi fizz.


“Tetapkan masa fizz anda selama yang anda boleh. Apabila anda telah tercungap-cungap, minum campuran Guardian Vitamin C + Zinc tadi bagi mendapatkan manfaat kesihatan.


“Cabar rakan-rakan dan keluarga anda untuk melakukan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe di media social sambil berseronok di samping menggalakkan mereka supaya sentiasa ingat untuk mengambil suplemen kesihatan mereka,” ujar Cho Do Youn.


“Usaha untuk fizz memerlukan latihan dan kawalan pernafasan. Disebabkan tabiat saya untuk melaksanakan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe bersama pengambilan effervescent setiap pagi, saya mampu fizz selama 38 saat. Saya ingin mencabar mereka yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyahut cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe. Lakukan untuk manfaat kesihatan, mahupun untuk keseronokan! Gunakan hashtag #FizzWithMe di laman Instagram atau Facebook dan kami akan mencari anda dan memilih individu paling kreatif dengan kejutan hadiah-hadiah menarik,” tambahnya.


Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih sihat.


Rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian suplemen berkualiti yang khusus bagi golongan dewasa. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara bersama gedung dalam talian (e-store) Guardian, suplemen kesihatan Guardian bukan sahaja mudah diperoleh tetapi juga ditawarkan pada harga mampu milik, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat negara ini merasai manfaat mempertingkatkan diet mereka bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui suplemen kesihatan.

Rangkaian Suplemen Guardian

Vitamin C 1000mg + Zinc10mg

MAL16085003NC

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Sehubungan itu, anda perlu menambah bekalan Vitamin C larut air pada setiap hari. Vitamin C memberi manfaat penjagaan kesihatan umum tubuh, manakala Zink adalah mineral untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Dual Action Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet mengandungi 1,000mg. Vitamin C dan 10mg Zink, yang mana membantu suplemen keperluan harian anda. Ia boleh didapati dalam 10s, 30s dan 90s.



Vitamin B-complex + Vitamin C + Minerals MAL16085038NC

Gabungan Vitamin B-Kompleks, Vitamin C dan mineral ini membantu anda kekal bertenaga serta membantu prestasi harian untuk mengikuti gaya hidup penuh cabaran pada hari ini. Ia disediakan dalam pilihan 15s dan 45s.




Vitamin D3 1000IU

MAL18066029NC

Vitamin D3 1000IU Guardian membantu suplemen vitamin D3 yang penting untuk kesihatan. Ia menyediakan sokongan kepada kesihatan yang baik. Golongan dewasa digalakkan untuk mengambil satu tablet sekali sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.



Co-enzyme Q10 150mg

MAL18066028NC


Co-enzyme Q10 dihasilkan semulajadi oleh tubuh dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Supplemen Co-enzyme Q10 Guardian direka khusus untuk dos pengambilan sebiji sehari untuk penjagaan kesihatan yang baik dan penghasilan tenaga serta memberi khasiat pada tubuh. Golongan dewasa disyorkan mengambil satu gel lembut sekali setiap hari, bersama atau selepas makan atau menurut preskripsi doktor dan ahli farmasi.



Evening Primrose Oil 1000mg

MAL18066031NC



Minyak evening primrose digunakan untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita kerana ia mengandungi asid linolenik gamma (GLA), asid linolenik (LA) dan asid lemak Omega-6 semulajadi. Tersedia dalam botol 60 biji atau 300 biji gel lembut dengan 1000mg EPO dalam setiap biji gel lembut. Satu gel lembut perlu diambil tiga kali sehari bersama makanan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.



Vitamin B Complex

MAL18086001NCZ

Suplemen Vitamin B-Kompleks Guardian memberikan tenaga dan kecergasan . Golongan dewasa dinasihatkan mengambil sebiji tablet sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.



Vitamin E 400IU

MAL18056140NC


Sementara itu, Vitamin E Guardian membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Ia merupakan sumber semulajadi Vitamin E. Bagi dewasa, ambil satu gel lembut sekali sehari, selepas makan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.



Omega-3 Fish Oil 1000mg

MAL18026048NC


Suplemen minyak ikan Omega-3 1000mg Guardian mengandungi asid-asid lemak penting dalam bentuk asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) daripada ikan. Ia menyediakan asid lemak yang penting bagi kesihatan tubuh dan menyokong kesejahteraan umum. Digalakkan mengambil sebiji gel lembut dua kali sehari bersama makanan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol 60 biji gel lembut atau 300 biji gel lembut.



Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg

MAL18066030NC


Selain itu, Guardian Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg mengandungi asid lemak penting, asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA). Malah, setiap gel lembut mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA. Jumlah asid lemak yang mencukupi mesti diperoleh daripada diet kita. Suplemen ini bukan hanya menyediakan asid lemak penting bagi manfaat badan kita tetapi juga menyokong kesejahteraan umum. Dinasihatkan mengambil sebiji gel lembut sebanyak dua kali sehari atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol mengandungi 60 biji atau 300 biji gel lembut.

Mengenai Guardian Malaysia


Bermula sebagai kedai menjual produk farmaseutikal seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti ekspatriat, ia kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit Farmasi, Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih dari 420 buah kedai. Ia menawarkan pelbagai produk Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 3 juta pelanggan di Malaysia sebulan di seluruh negara.


Komitmen Guardian terhadap keperluan para pelanggannya turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi dengan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited terhadap tabdir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika pada setiap masa.


Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan korporat dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Guardian meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk menyumbang kepada aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam usaha-usaha yang membantu menyedia serta mempromosikan aspek penjagaan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong program-program yang membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.

Mengenai Dairy Farm


Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di pasaran pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama mengendalikan lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja. Ia mencatatkan jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015.


Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah:



Makanan

  • Supermarkets – Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China, Cold Storage di Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Hero di Indonesia

  • Hypermarkets – Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Yonghui di China

  • Convenience stores – 7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau;


Kesihatan dan Kecantikan

  • Mannings di Greater China,Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di Filipina


Perhiasan Rumah

  • IKEA di Hong Kong, Taiwan dan Indonesia;

Restoran

  • Maxim’s di Hong Kong, China dan Vietnam.


Dairy Farm International Holdings Limited ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai senaraian utamanya, dan senaraian kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan kumpulan diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited menerusi pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.