MLS - SIAPA BAKAL BERGELAR JUARA?

August 26, 2019

 

Pentas minggu separuh akhir pada Jumaat lalu menyaksikan barisan kumpulan pelawak JBORN (Khir Rahman, Joey, Vicha), UNI (Fakhrul UNIC, Fad Bocey, Atu Zero), BOTAK (Abam Bocey, Achey Bocey, Black Hanifah), dan NEWBOH (Tomok, Ali Puteh, Mamak Puteh) berjaya untuk mara ke pusingan akhir ‘Muzikal Lawak Superstar’! Tahniah diucapkan kepada mereka!

 

Minggu kesembilan program komedi muzikal itu membawa penonton ke dua lokasi – ‘Pusat Rekreasi’ dan ‘Kenduri Kahwin’. Tak kering gusi dibuatnya dengan gelagat melucukan para peserta. Malam ‘Muzikal Lawak Superstar’ itu juga menyaksikan kejayaan kumpulan JBORN meraih takhta ‘Superstar of the Week’ untuk dua minggu berturut-turut! Seperti biasa, mereka diberikan ganjaran mingguan iaitu ‘giliran persembahan’. Justeru, untuk pentas akhir ini, JBORN diberi peluang untuk memilih sendiri giliran persembahan mereka. Adakah mereka akan memilih persembahan pembuka, penutup atau bagaimana. Kita tunggu dan lihat kelak!

 

Pentas akhir ini semestinya menjanjikan persembahan yang sengit dari keempat-empat kumpulan finalis. Setiap mereka akan membuat dua persembahan dengan tema persembahan pertama, ‘Percutian 4 Musim’. Manakala, di persembahan kedua pula, mereka diberi peluang untuk memilih lokasi pilihan masing-masing kerana tema yang diberikan adalah ‘Bebas’.

 

Elemen kejutan dan ‘Muzikal Lawak Superstar’ berpisah tiada. Pada persembahan minggu lalu, hos, Nabil Ahmad dan Nabila Huda telah membuat pengumuman mengejutkan apabila memaklumkan bahawa dua kumpulan bakal disingkirkan di akhir program. Setelah berjuang selama 9 minggu berturut-turut, akhirnya kumpulan VOICES (Shiha Zikir, Sharif Zero dan Chiwan Chilok) dan TITANS (Ain Edruce, Ammar, Issey) tumpas di tangan juri dan pengundi.

 

Pusingan Akhir ‘Muzikal Lawak Superstar’ yang bakal bersiaran pada 30 Ogos ini, bakal menyaksikan JBORN, UNI, BOTAK, dan NEWBOH naik ke pentas buat kali terakhir dan berentap sehebis mungkin bagi merebut juara ‘Muzikal Lawak Superstar’. Milik siapakah hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 ini? Jom saksikan secara langsung gelagat peserta-peserta yang menghiburkan serta pelbagai momen ‘luar jangkaan’, hanya di ‘Siaran Langsung Muzikal Lawak Superstar’ pada hari Jumaat, 9.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)!

 

Di antara barisan artis dan selebriti yang terlibat adalah Datuk Awie, Nora Danish, Altimet, Nabil Ahmad, Nabila Huda, Tomok, Achey, Abam, Black, Fad Bocey, Fakhrul UNIC, Khir Rahman, Joey, Vicha, Ali Puteh, Mamak Puteh dan Atu Zero! Saksikan juga persembahan istimewa dari Ratu Rock Negara, Ella, kumpulan De’ Fam, Haqiem Rusli, Ismail Izani dan ramai lagi di pentas akhir ini kelak!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.