RAIKAN KEMERDEKAAN DI BAZAR MERDEKA HABIB

August 30, 2019

 

Habib menyambut kemerdekaan dengan jualan Bazar Merdeka selama 4 hari bermula 30 Ogos sehingga 2 September 2019 di 17 bilik pameran serata negara. 

 

Sebagai perintis industri barangan kemas yang mempunyai sejarah penglibatan selama 61 tahun di dalam industri, Habib melakar sejarah seiring dengan perkembangan negara tercinta, Malaysia. Bagi menghargai pelanggan setia jenama ini dan kepada seluruh warganegara Malaysia, Bazar Merdeka diraikan secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti, tawaran dan promosi menarik khas untuk penggemar barangan kemas. 

 

Sambutan kemerdekaan tahun ini membawakan koleksi merdeka istimewa dengan perincian batu permata delima, zamrud, safir dan berlian yang unik. Aneka juadah tempatan turut disajikan sepanjang Bazar Merdeka untuk kudapan para pengunjung. 

 

Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato' Sri Meer berkata, "Merdeka bermakna kita dapat menjalankan kehidupan harian dengan selesa, seperti ucapan Bapa Kemerdekaan negara, Tun Abdul Rahman, "Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dah demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya." Saya amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur dengan keamanan yang dapat kita capai dengan negara yang berbilang kaum.”

 

Para pengunjung diajak beramai-ramai memeriahkan Bazar Merdeka di Habib dan mengambil peluang keemasan untuk menikmati tawaran hebat yang disediakan. Selaras dengan kesedaran gaya hidup yang lebih menitik beratkan kelestarian alam sekitar, Habib menawarkan hadiah set penyedut minuman logam dengan setiap pembelian RM 3,000 di dalam satu resit. 

 

BACA: HABIB LANCAR KEMPEN JUALAN MERDEKA HABIB 

 

Jualan Merdeka Habib kini berlangsung di kesemua 30 bilik pameran Habib sehingga 2 September 2019 di seluruh negara. Sementara itu, potongan lebih hebat disediakan semasa jualan selama 4 hari sempena Bazar Merdeka di 17 bilik pameran yang terlibat.

Antara tawaran menarik yang disediakan termasuklah: 

 

  • RM 118 dan RM 462 untuk dua jenis loket emas 916 bermotifkan Bunga Raya, 

  • RM 118 untuk loket emas 916 Bendera Malaysia,

  • RM 62 untuk sepasang subang mutiara,

  • Kepingan emas seberat 2g bermotifkan bangunan bersejarah Malaysia,

  • Potongan sehingga 80 % untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih, 

  • Potongan RM10 hingga RM 25 segram untuk emas 916/999, 

  • Harga tertinggi untuk belian balik barangan kemas berlian dan emas, 

  • Hadiah percuma dengan setiap pembelian barangan kemas berlian dan permata bernilai RM3,000 dalam satu resit.

 

Bazar Merdeka akan berlangsung di 17 bilik pameran Habib berikut: 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.