SELEPAS RESTORAN, PU RIZ BUKA DUA OUTLET F&B DI NU SENTRAL

September 1, 2019

 

 

PU Riz Ismail kini menguruskan dua lagi 'outlet f&b' di medan selera yang terletak di dalam kompleks beli-belah Nu Sentral walaupun belum setahun memiliki dan melihat perkembangan positif restoran miliknya, Food Station yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan, KL (berhadapan dengan Nu Sentral), pendakwah bebas yang juga pelakon, Riz Ismail, 24, terus meneroka pelbagai jenis perniagaan makanan lagi. 

 

Istimewanya dua 'outlet f&b', Sizzling & Claypot  dan Thai Cuisine yang turut berada di bawah bumbung syarikat induk  Desire Food Sdn Bhd ini beroperasi di tingkat tiga di pusat beli belah Nu Sentral sejak beberapa bulan lalu.

 

Desire Food mempunyai pelbagai jenis premis makanan dan tiga daripadanya dipantau jejaka yang mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat itu.

 

“Saya optimis dengan perniagaan makanan ini. Bisnes makanan ini jika betul caranya, memang boleh pergi jauh. Kalau makanan yang dijual itu sedap, pasti orang akan datang lagi untuk menjamahnya. Sekalipun perniagaan makanan ini sengit persaingannya, kehadiran dua premis medan selera di Nu Sentral ini saya percaya dapat terus memberi variasi kepada ramai orang.

 

“Saya lihat juga perniagaan makanan sebegini sangat stabil dan pada masa sama kita terus menjaga kualiti dengan menawarkan mutu makanan sedap serta terbaik. Biasalah dalam mana-mana perniagaan pasti ada fasa turun naik, tapi itu bukan alasan untuk terus memeluk tubuh. 

 

“Di mana-mana saja lokasi, perniagaan makanan ini pasti akan jadi tumpuan. Dua medan selera, Sizzling & Claypot dan Thai Cuisine ini juga mahu terus memberikan aneka pilihan kepada semua penggemar makanan. Saya mahu terus memastikan ingat Desire Food, ingat segala jenis tawaran makanan di dua medan selera ini,” katanya dalam satu pertemuan dengan teman media dan blogger beberapa hari yang lalu.

 

Berbanding restoran, Riz memberitahu perniagaan medan selera ini bermodalkan jumlah wang yang kecil tapi mampu mengaut keuntungan besar dengan mutu makanan yang pasti menambat hati.

 

“Untuk memastikan dua medan selera ini terus jadi pilihan, kita menjanjikan kualiti makanan setaraf makanan di restoran. Kalau nak makanan sizzling, di Sizzling & Claypot kita tawarkan pelbagai jenis mee sizzling. Ada yang dicampur dengan telur, ayam, udang, sotong dan semuanya dengan harga mampu milik. Semuanya pasti membuat penggemar mee sizzling kecur air liur.

 

“Kalau mahu kelainan makanan Thai, di Thai Cuisine ada macam-macam pilihan makanan dari negara berkenaan. Nak tom yam atau ikan tiga rasa dan macam-macam lagi, tak perlu fikir panjang segala pilihan boleh dijamah.

 

“Tukang masak di dua medan selera ini terlebih dulu berlatih skil dan kepakaran mereka di restoran Food Station,” katanya.

 

BACA: PU RIZ BUKA RESTORAN

 

Sebenarnya dunia perniagaan tidak pernah asing dalam hidup Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail. Bapa tercinta terlebih dulu menjadikan perniagaan sebagai punca rezeki. Lalu kini, Riz  meneruskan legasi bapanya.

 

“Sesuatu yang terus menjadi fakta, bapa saya menjadi mentor dalam dunia perniagaan. Saya banyak menimba ilmu dan pengalaman serta selok belok dunia perniagaan daripadanya.

 

“Dunia artis ini juga kita tak mampu menebak sejauh mana perjalanannya pada masa mendatang. Lalu dalam mencari kelainan serta jaminan masa depan, saya meneroka dunia perniagaan makanan. Setidak-tidaknya saya ada pendapatan setiap bulan,” katanya.

Dalam pada itu, bulan depan, Riz akan meneruskan pengajian semester keempat sebagai pelajar undang undang (major dalam pendidikan) peringkat Ijazah Sarjana Muda di sebuah universiti.

 

“Sibuk berniaga dan mencari rezeki sebagai anak seni serta pendakwah, misi saya sebagai pelajar tetap diteruskan. Bulan depan saya akan kembali meneruskan rutin sebagai pelajar dengan 20 jam kredit.

 

“Ia satu semester yang panjang.Tapi saya ada kelapangan pada hari tertentu dan itu dapat saya gunakan untuk memantau perniagaan restoran Food Station dan dua medan selera,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Riz juga berdebar menanti tayangan filem sulungnya berjudul Ada Apa Dengan Dosa. Filem terbitan Pencil Pictures itu menggandingkannya dengan Wanna Ali.

 

Penggambaran dilakukan hujung tahun lalu dan turut mengambil latar lokasi di Scotland.

“Agak gementar... Takut bercampur teruja dapat menggalas watak utama dalam filem sulung ini.

 

“Insya-Allah, saya sudah cuba melunaskan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi sebaik mungkin,” katanya 

 

Selain Pencetus Ummah, Riz juga pernah menyertai program pencarian pendakwah, Akademi Sahur Asia atau AKSI Asia 2017 di Jakarta yang membabitkan penyertaan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

 

Biarpun tidak meraih kemenangan dalam program itu, Riz bersyukur apabila kehadirannya disedari beberapa produser yang menghulurkan peluang berlakon termasuk menerusi produksi Zeel Production milik Fadzil Teh.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.