NORANIZA IDRIS BANGUNKAN PROGRAM C.S.R BUDAYA “MALAY WORLD CULTURAL PARADISE” SEMPENA HARI KEBANGSAA





BERMULA DI RUMAH SELANGOR, MINI MALAYSIA & ASEAN CULTURAL PARK AYER KEROH MELAKA BERMULA OGOS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN SEPANJANG TAHUN MENJELANG TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020


PELANCARAN

Pendekatan kalendar aktiviti “Malay World Cultural Paradise”

Hasrat Noraniza Idris untuk menjadi seorang guru satu ketika dahulu terpaksa dilupakan kerana keluarga kurang berkemampuan akhirnya tercapai juga apabila keputusannya untuk berkhidmat kepada masyarakat generasi pelapis melalui program seni dan budaya disokong penuh dan direstui oleh suaminya Haji Jeffri Iman bin Haji Hoodi baru-baru ini. Penyanyi Irama Malaysia yang juga pengasas program modal insan pembangunan budaya dan belia “Malay World Cultural Paradise”,ini menerima keputusan suaminya dengan penuh kesyukuran dan hati yang terbuka. Hanya setelah menunggu hampir 3 tahun lamanya baru kini mendapat persetujuan suaminya untuk menumpukan perhatian ke Negeri Melaka. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah pepatah yang diibaratkan apabila suaminya meliihat liku-liku kehidupan dan usaha gigih Noraniza yang sentiasa tidak pernah mengalah untuk terus berkongsi ilmu dengan caranya sendiri.


Pemilihannya untuk ke Negeri Melaka kerana keunikan negeri ini dan kepesatan sektor pelancongannya yang begitu dekat dengan jiwa. Kepulangannya untuk kedua kali ini ke Negeri Melaka membawa satu tekad dengan matlamat untuk membimbing dan mendekati generasi pelapis yang memerlukan rujukan dan bantuannya agar tidak perlu malu dan terus dibimbing untuk tampil ke hadapan demi menuntut ilmu.


Mini Malaysia dan ASEAN Cultural Park di Ayer Keroh Melaka menjadi lokasi pilihannya. Banyak sentimental value dalam hidupnya. Selagi tidak berhadapan dengan kenangan masa silam, selagi itu ia tetap kekal di ingatan. Hanya setelah 12 tahun, akhirnya Noraniza terbuka hati untuk terus berani berhadapan membuktikan ketelusannya bahawa kebahagian dan kepuasan berkarya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Selagi tidak memanfaatkan ruang dan peluang kelak akan berterusan terbuku di hati. Berlandaskan pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan bermula dari Mini Malaysia dan ASEAN ini lah, Noraniza mula mengumpulkan nota-nota untuk dijadikan sebagai modul pendekatan untuk mendidik pelapis baru dari seawal usia 6 tahun agar terus berpegang kepada dua (2) perkara utama penting sebagai asas dalam kehidupan. Nilai-nilai murni yang diterap melalui kesenian warisan. Digabungkan dengan bimbingan rohani bertujuan untuk mengukuhkan kekuatan mental dan fizikal dalaman. Memupuk jatidiri yang tulin dan diadaptasikan dalam pembawakan yang seiring dengan asas-asas tari, lakonan, nyanyian, muzik dan seni bela diri kepada pelajar yang terdiri dari pelatih berusia seawal 6 tahun ke atas yang berada di bawah bimbingannya. Sempena sambutan hari Kebangsaan Malaysia ini, Noraniza melancarkan kalendar pertama yang dinamakan “Merdeka Fleastar” bertema “Nguri-Uri Budaya Jawi” di Rumah Selangor Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park Ayer Keroh Melaka.


Hari Kebangssaan memberi 1001 pengertian buat pelopor Irama Malaysia ini. Kehadiran bulan kemerdekaan Negara ini menjadi titik tolak kepada setiap generasi masakini menghargai setiap pengorbanan pejuang-pejuang Negara satu ketika dahulu. Ilham perjuangan ini dijadikan sebagai satu inspirasi dalam mengukuhkan semangat mempejuangkan irama Malaysia agar terus dikenali dan dihargai oleh generasi pelapis masa kini dalam apa juga bentuk pendekatan yang diketengahkan dalam industri muzik masa kini. Menghargai irama ini boleh divisualkan dalam pelbagai cara bukan sahaja dari cara nyanyiannya sahaja, konsep lagunya atau siapa yang menyanyikannya tetapi menerusi penggunaan elemen alat muziknya di dalam gubahan-gubahan lagu-lagu masakini sahaja sudah melambangkan semangat jatidiri dan identiti sebenar sebagai rakyat Malaysia yang sebenarnya merdeka dari segala aspek.


Setelah 18 bulan mempraktikkan modul pembelajaran dari hasil tulisan dan ilhamnya yang telah melalui pengalaman kehidupan sebagai anak seni selama lebih 33 tahun atas jihad budaya, Noraniza mula menarik nafas lega kerana suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang sukar memahami minat dan kehidupan anak seni kini sedikit demi sedikit mula hadam dan akur akan minat Noraniza terhadap seni dan warisan budaya Malaysia ini.


Bermula 1 Julai 2019 yang lalu, Noraniza membawa program modal insan ini ke Rumah Selangor, Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Lebuh Ayer Keroh Melaka buat pertamakalinya telah menganjurkan sebuah program membangunkan seni dan budaya di kalangan belia dan pelapis awal usia melalui inisiatifnya yang mensasarkan peserta pelatih di sekitar Negeri Melaka khasnya dan Malaysia secara amnya. Aktiviti yang disediakan ini untuk dijadikan sebagai satu tarikan agar lebih ramai pengunjung yang datang berkunjung ke taman tema ini dapat merasai suasana perkampungan budaya yang sebenar apabila setiap kali ke taman tema ini menerusi sentuhan pendekatannya.


Aktiviti utama pada setiap hujung minggu di MWCP adalah :


i.Asas tarian Tradisional Malaysia,


ii.Asas lakonan teater,