ULASAN FILEM : FAZURA TONJOLKAN SISI BERBEZA DALAM DENDAM PONTIANAK

September 9, 2019

 

 

Filem terbitan Tiger Tiger Pictures dan edaran Primeworks Studios yang menggandingkan Nur Fazura dan Remy Ishak buat pertama kalinya di layar perak bakal menemui penonton mulai 12 September 2019 ini di Malaysia.

 

MB berpeluang untuk hadir ke tayangan perdana baru-baru. Pada mulanya MB tidak sabar melihat jauh mana  seramnya kisah pontianak ini. Seperti mana masyarakat melayu sedia maklum, kita juga sering menonton filem atau pun mitos berkaitan perempuan yang mati beranak akan digelar pontianak dan seterusnya pontianak ini akan menganggu kehidupan orang kampung yang ingin menuntut bela atas kematiannya.

 

Akan sedikit kelainan yang dibawakan oleh 'Dendam Pontianak', ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan 'Dendam Pontianak', yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan. 

 

Selepas menonton hampir 95 minit, MB berpendapat watak pontianak yang dilakonkan oleh Fazura ini serta berlatar belakangkan elemen klasik tahun 50-an dan 60-an menonjolkan sisi yang berbeza dari segi penceritaan dan idea yang lebih segar.

 

Tambahan pula, watak Khalid yang dilakonkan Remy Ishak lebih berani dan terdapat unsur dewasa apabila babak pengantin baru yang dilakonkannya akan membuatkan pandangan anda terpana. 

 

 Sekitar foto barisan pelakon Dendam Pontianak di malam gala tayangan perdana

 

Keseluruhan MB bagi:

 

 

 

 

TENTANG FILEM DENDAM PONTIANAK

 

 

 

Bahasa: Bahasa Melayu

Sari Kata: English / Malay

Genre: Seram

Durasi: 95 minit (1 jam 35 minit)

Pengarah: Glen Goei & Gavin Yap

Produksi: Tiger Tiger Pictures

Distributor: Primeworks Studios

Pelakon : Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish

 

LAGU TEMA : KASIHKU SELAMANYA OLEH DATO' SERI SITI NURHALIZA

 

 

Komposer: Aubrey Suwito

Lirik: Ad Samad

 

 

SINOPSIS FILEM

 

 

1965, Malaysia. Di sebuah kampung terpencil, Khalid dan Siti membuat persiapan hari pernikahahan mereka. Tidak lama kemudian, anasir jahat mula menyelubungi perkampungan itu apabila berlakunya kematian dan kejadian misteri yang telah mencetuskan ketakutan dan kekecohan di kalangan penduduk kampung. Kejadian tersebut memaksa Khalid untuk mengaku bahawa dia telah membunuh seorang perempuan yang sedang mengandungkan anaknya beberapa tahun lalu, dan kini dia muncul sebagai Pontianak. Khalid telah mengumpulkan semua lelaki di kampungnnya untuk memburu Pontianak itu di hutan akan tetapi adakah pemburuan mereka berhasil?

 

Filem Dendam Pontianak, mula mengilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019. Nak tahu tahap keseraman, wajin tonton yer. MYBUZZ!

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.