AINAA BEAUTY LANCAR 2 PRODUK PENJAGAAN KULIT BAHARU SEMPENA ULANGTAHUN KEDUA


Bermula dengan satu produk tular, jenama produk kecantikan pasangan suami isteri, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab (Syafiqah Aina) dan Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad (Hafiz Mahamad) semakin berkembang pengaruhnya. Memasuki tahun kedua AINAA Beauty beroperasi, dua produk sulungnya, AINAA Serum dan AINAA Cleanser terus konsisten mencatatkan jualan yang memberangsangkan.


Ia merupakan satu pencapaian luar biasa dalam tempoh singkat untuk jenama tempatan. Biarpun permulaannya dirintangi dengan khabar-khabar angin yang berpotensi untuk menjatuhkan reputasi AINAA Beauty, semangat pasangan muda itu tidak luntur.


Dikenali sebagai antara selebriti media sosial berpengaruh Malaysia, Aina dan Hafiz mengambil risiko untuk memulakan perniagaan selepas sebulan berumahtangga. Ketika itu, nama Aina berada di puncak populariti dan sedang laris menjadi wajah kempen pilihan jenama-jenama fesyen tempatan.


Peluang mereka terbuka selepas bertemu seorang usahawanita tempatan, Norazura Md Posdzi yang bertindak selaku rakan niaga dan pembimbing Aina dan Hafiz.


Sempena meraikan tahun kedua jenama AINAA Beauty, satu majlis makan malam diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya. Acara bertemakan neon itu dihadiri lebih 200 tetamu menyaksikan apresiasi berupa ganjaran utama disampaikan kepada stokis-stokis dan agen-agen yang berjaya meraih kutipan\jualan tertinggi sepanjang tempoh 12 bulan lalu.



Ia diserikan juga dengan kejutan Aina diiringi penari-penari mempersembahkan buat kali pertama lagu tema AINAA Beauty (#AINAAKCANTIK) bersama-sama penyanyi rap muda, Bunga.


“Alhamdulillah kita semakin fokus dengan apa yang diusahakan dalam tempoh hampir dua tahun ini. Kini kita dalam fasa untuk memperbesarkan momentum AINAA Beauty terutama capaian kepada pelanggan.

"AINAA Beauty telah membuktikan bahawa setiap individu mampu untuk berbisnes tanpa modal yang besar dan dengan bimbingan serta usaha konsisten, semua mampu untuk berjaya. Kita akan terus berusaha membantu anak-anak muda dan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan,” kongsi Hafiz selaku Pengasas dan Pengarah Urusan AINAA Beauty Empire Sdn. Bhd.

Tambah beliau, perancangan akan datang juga termasuklah mewujudkan AINAA Spa yang dijangka dapat menjadi satu modul penjana pendapatan unik kepada orang ramai yang ingin berjinak-jinak dalam bisnes.


Pada majlis makan malam itu juga, dua produk baharu dilancarkan. Produk yang pertama iaitu AINAA Scrub & Mask telah mula dipasarkan di pasaran sejak beberapa hari lalu. Manakala produk kedua, AINAA Palette merupakan pengumuman kejutan untuk semua.


AINAA Scrub & Mask kini boleh didapati di semua agen dan dropship AINAA Beauty Squad berdaftar pada harga RM39. Begitu juga dengan AINAA Serum (15ml) pada harga RM65, AINAA Cleanser (50ml) RM45 dan AINAA Sunscreen (15ml) pada harga RM59. AINAA Palette pula dijangka akan mula dijual di pasaran menjelang hujung September 2019.


INFO AINAA Scrub & Mask

AINAA Scrub & Mask merupakan gabungan skrub dan topeng muka (mask) dengan fungsi 2 dalam bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati serta melembapkan kulit. Ia diformulasi dengan kandungan semula jadi; ekstrak benih avena strigose, ekstrak susu kambing dan ekstrak madu.


Sesuai untuk penggunaan 3 hingga 4 kali seminggu, AINAA Scrub & Mask juga membantu mengelakkan liang pori tersumbat, menanggalkan bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead) di wajah, mencerahkan kulit serta mengatasi masalah kulit berminyak.


INFO AINAA PALETTE

AINAA Palette merupakan alternatif pantas untuk solekan asas yang menyeluruh. Ia mengandungi lapan kegunaan solekan termasuklah lip cream, pemerah pipi (blusher), highlight, pembayang mata (eye shadow) dan shading. Bersaiz kompak agar mudah dibawa ke mana-mana (travel kit), AINAA Palette sesuai untuk wanita yang menggemari solekan wajah semula jadi.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.