SUFIE RASHID KINI SAH MILIK NURULAIN

September 21, 2019

 

JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28 akhirnya selamat bergelar suami kepada  Nurulain dengan sekali lafaz sebentar tadi. 

 

Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 Disember 2018, hampir setahun yang lalu.

 

Difahamkan, majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut.

 

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta mas kahwin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.

 

Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan itu sendiri dan dikendalikan oleh juru nikah yaitu  Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya. Majlis resepsi bakal  berlangsung pada esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

 

Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Menurut Sufie, dia merasakan cukup bertuah apabila mengenali isterinya untuk menjadi peneman hidup.

 

"Saya bersyukur kerana saya dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni", ujar Sufie Rashid. 

 

Tambahnya lagi, dia memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah. Majlis pernikahan serta persandingan telah di sediakan oleh perancang majlis DWIKARYA WEDDING AND EVENT

GALERI | SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN SUFIE RASHID & NURULAIN

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.