VICTORY BENCH BAKAL BANGUNKAN BANDAR PINTAR BERASASKAN TEKNOLOGI BLOCKCHAIN DI MALAYSIA

September 24, 2019

 

 

Zhejiang Victory Bench Blockchain Technology, sebuah syarikat berkaitan tekonologi 'blockchain' diasaskan oleh seorang usahawan tempatan yang juga pakar teknologi blockchain, Muhammad Alif Iskandar Abdullah@Eric Tay yang berpusat di China semalam telah melancarkan 3 komponen teknologi berasaskan teknologi 'blockchain' yang bakal diperkenal dan dibangunkan di Malaysia iaitu teknologi Bandar Pintar (Smart City), teknologi Sistem Pemantauan Jaringan Sosial (Social Network Monitoring System) dan Sistem Pertukaran Pas Kripto ( Crypto Pass Exchange System).

 

Majlis pelancaran tersebut juga merupakan kesinambungan kepada Majlis Penerangan "Victory Bench Hyperledger Blockchain" dan Teknologi AI Untuk Hub Berteknologi Tinggi Antarabangsa Malaysia yang telah diadakan pada pada Januari yang lalu.

 

Seramai 220 orang perwakilan dari pihak Zhejiang hadir bersama untuk berkongsi pengalaman pembangunan 'Smart City' yang mana telah lama dibangunkan di beberapa lokasi di China oleh  pihak Zhejiang Victory Bench.

 

Menurut Muhammad Alif (foto), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dalam mengenal pasti beberapa lokasi yang terdiri daripada bandar baru dan bandar sedia ada untuk membangunkan teknologi 'Smart City' sekaligus bakal menjadikan bandar tersebut sebagai model pembangunan bandar pintar di seluruh Malaysia pada masa akan datang. 

 

Ketika diajukan soalan sama ada Cyberjaya termasuk didalam senarai lokasi pilihan untuk projek tersebut, Muhammad Alif memberitahu ianya masih diperhalusi oleh pihak kerajaan. Tiada sebarang kata putus buat masa ini. Sekiranya mendapat lampu hijau dari kerajaan, pihak Victory Bench bakal membuat pelaburan sejumlah AS$50juta hingga AS$100juta untuk membangunkan bandar tersebut.

 

Muhammad Alif  turut memaklumkan kepada wakil media, pihaknya telah memilih Labuan sebagai lokasi pembangunan teknologi Fabulous Blockchain Crypto Pass Exchange System sesuai dengan status Labuan sebagai Pusat Kewangan Pesisir Malaysia. Pembangunan teknologi tersebut bakal diselia oleh Teknologi Perkasa yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.