TOURISM MALAYSIA PERLUAS KEMPEN VM2020 DI LABUAN BERSAMA PENGGIAT MEDIA

Seramai 11 penggiat media online dari Semenanjung Malaysia dan 4 penggiat media online dari Sabah akan menyertai program lawatan media yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia ke Wilayah Persekutuan Labuan bersempena dengan sambutan Pesta Kebudayaan Borneo 2019 yang mulai hari ini 27 September hingga 29 September 2019. Pesta ini merupakan acara tahunan yang menghimpunkan hampir kesemua elemen seni dan budaya yang terdapat di kepulauan Borneo seperti Pertandingan Mukun, Pertandingan Tarian Kreatif dan Pameran Catan Batik.


Foto para penggiat media bersama dengan wakil Tourism Malaysia di setiap lokasi lawatan pada hari pertama

Lawatan ini adalah hasil kerjasama Tourism Malaysia dengan Perbadanan Labuan, Malaysia Airlines dan MASwings yang bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan WP Labuan dalam usaha mempromosikan destinasi pelancongan negeri ini sempena kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) selain berpeluang bersuai kenal, bertukar-tukar pandangan dan seterusnya mengeratkan hubungan kerjasama antara penggiat media sosial dengan sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan industri pelancongan. Sepanjang lawatan ini para peserta akan dibawa ke pelbagai tempat pelancongan menarik seperti melihat kehidupan warga kampung air di Homestay Kampung Air Patau-Patau 2, menghayati kekayaan sejarah Labuan dengan mengunjungi Muzium Labuan dan Taman Damai, serta menikmati keindahan Pantai Pancur Hitam, Batu Manikar dan Layang-Layangan yang telah memenangi anugerah pantai bersih COBSEA dari UNESCO pada tahun 2008. Para peserta juga akan dibawa ke Labuan Marina untuk menaiki bot ke Pulau Rusukan Besar yang digelar sebagai “Untouched Wonderland” dan berpeluang untuk melakukan aktiviti snorkel dan bersiar di sekitar pulau yang tidak berpenghuni itu. Antara tempat lain yang akan dikunjungi adalah kawasan bersejarah Gedung Ubat yang dipercayai telah digunakan oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia ke-2 sebagai tempat penyimpanan barangan artileri dan Taman Burung Labuan yang menempatkan pelbagai spesies burung-burung Borneo termasuk burung enggang. Program lawatan ini akan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan produk yang berasaskan Community Based Tourism (CBT) dengan lebih dekat lagi dengan berkunjung ke perusahaan bilis di Salinang Maju Enterprise, Kg. Bebuloh Laut dan perusahaan minyak kelapa dara di Pomosuon Piasau Enterprise, Bukit Kuda. Melalui program ini, Tourism Malaysia berharap agar pihak media akan berkongsi pengalaman menyertai program lawatan ini kepada para pembaca dan pengikut mereka sekaligus mempromosikan kecantikan dan keunikan Wilayah Labuan.


Sebagai pautan yang memudahkan para pembaca melihat pengalaman melawat Labuan, bolehlah mengikuti tanda pagar #VM2020, #VisitMalaysia2020, #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #CutiCutiMalaysia, #BorneoArtsFestival, #MyLabuanStory, #LabuanTourism, #MalaysiaAirlines, #MalaysianHospitality dan #MASwingsmates.


Kami akan terus berkongsi dengan anda mengenai catatan lawatan ke Pulau Labuan ini di entri seterusnya, jangan lupa mengikuti kami. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.