ALIF SATAR DAN RAIHAN BERGABUNG JAYAKAN KONSERT AMAL COUNTLESS BLESSING

October 3, 2019

 

Sebuah Konsert Amal " COUNTLESS BLESSING " yang  menampilkan gabungan mantap Alif Satar dan kumpulan nasyid legenda terkenal, Raihan bakal diadakan tidak lama lagi. 

 

Koloborasi mereka bakal melepaskan rindu para peminat dengan lagu-lagu yang pasti menggamit kembali memori dan menyentuh hati. Bertepatan dengan temanya “Countless Blessing” diharapkan hadirin yang memenuhi stadium pada malam tersebut akan merasakan betapa banyak nikmat yang kita perlu syukuri di dalam kehidupan seharian kita. Pastinya tetamu yang hadir akan merasakan kelainan dari konsert yang pernah mereka hadiri.
 

Konsert amal ini bakal diadakan pada 2 November 2019, jam 8 malam. Konsert amal yang dianjurkan bersempena dengan Kempen 'Live A Life 2019' oleh Philandure dan Komited Malaysia, yang bertempat di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara. Konsert ini merupakan platform untuk organisasi dalam sektor masyarakat sivil berkongsi peluang di dalam sebuah majlis yang berskala besar untuk mengumpul dana buat organisasi masing-masing yang memerlukan dana tambahan bagi menampung kelestarian kos operasi mereka. 

 

 

Ini juga merupakan sebuah inisiatif “Fun.Race.Sing” yang dianjurkan khas oleh Philandure, untuk rakan-rakan strategik yang turut serta di dalam konsert ini, antaranya ialah Sekolah Islam Al Huda, MERCY Malaysia, Persatuan Pemulihan Kesan Sosial Malaysia, CENSERVE IIUM dan Malaysian Young Shariah Scholars Malaysia (MySSA). Sasaran bagi kutipan amal ini dianggarkan sebanyak RM450,000.00 bertujuan untuk pengagihan ke semua badan badan amal.

 

Tiket konsert akan dijual dengan harga RM115/-, RM305/-, RM405/-, RM690/- dan dijangka seramai 1,800 – 2,000 hadirin bakal membanjiri Stadium Juara, Bukit Kiara. Bagi peminat yang ingin berjumpa secara eksklusif dengan artis, mereka boleh membeli tiket Platinum bernilai RM690/-, dimana peminat berpeluang untuk menghadiri sesi “Meet & Greet” selepas konsert dari jam 11 malam (2 November 2019) sehingga 1 pagi (3 November 2019). 

 

Selain itu, pembeli tiket Platinum juga diberikan tempat duduk penonton di bahagian hadapan pentas bagi menyaksikan persembahan dengan lebih dekat semasa konsert tersebut. Walaubagaimana pun, ingin diingatkan bahawa tiket Platinum ini hanya dijual sebanyak 200 keping sahaja.

 

Konsert ini turut mendapat sokongan dan tajaan Restoran Al-Amar Lebanese Cuisine selaku penaja makanan untuk sidang media dan konsert.

 

 

 

Pada sidang media tersebut Alif turut memperkenalkan sebuah buku cerita kanak kanak berjudul 'Allah Is Great' yang bersesuaian untuk dibacakan sebagai buku "bed time story". Di samping cerita turut terdapat permainan minda bagi kanak kanak ini membina minda yang cergas.

 

Pembelian tiket boleh dibuat secara atas talian “online” iaitu melalui laman sesawang rasmi “Konsert Amal Alif Satar & Raihan” iaitu https://myticket.asia bermula pada 4 Oktober 2019. Jika ada sebarang pertanyaan boleh berurusan dengan pihak pengurusan di talian +6011.5686.6963 (Hotline) atau +603.8605.0195. Sementara itu, bagi badan-badan korporat yang ingin membuat pembelian secara pukal, resit pelepasan cukai akan diberikan.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.