REALME MALAYSIA LANCAR DUA MODEL TELEFON PINTAR 'QUAD CAMERA' DI PASARAN

October 3, 2019

 

Realme Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama realme 5 dan realme 5 Pro. Telefon pintar ini dilengkapi dengan Qualcomm® Snapdragon 665 dan 712. Kedua-duanya menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna bagi telefon harga pertengahan. Kelebihan pada kedua-dua model adalah penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

 

"Ribuan terima kasih buat semua peminat realme di Malaysia kerana kami tidak dapat berada di tahap ini tanpa sokongan dan semangat yang berterusan. Hari ini, kami meneruskan semangat "Dare to Leap' dengan membawa revolusi pasaran baharu iaitu dua telefon pintar yang akan menjadi penanda aras dalam segmen harga pertengahan di Malaysia. Kami juga bangga kerana semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada teknologi yang dibawa realme. Hal ini turut menyakinkan kami untuk membawa masuk model realme 5 dan 5 Pro ke Malaysia." kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

 

realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE, dengan CPU berkelajuan 2.3GHz yang juga dikenali sebagai enjin Al generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran Al bersama GPU Qualcomm Andreno 616. Model ini boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue. Bagi persediaan quad kamera pula, realm 5 Pro dilengkapi 119° lensa sudut ultra-Iebar (8MP), 48MP kamera utama Sony IMX 586, lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Ditambah pula kamera depan Sony |MX471 Al 16MP sekaligus memberi pengalaman imej yang tidak dapat ditandingi dalam segmen ini.

 

Menariknya realme 5 pro mempunyai paparan skrin 6.3 inci FHD+ dewdrop, didatangkan dengan warna hologram namometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set VOOC Flash Charge 3.0.

 

Bagi realme5 pro 2 versi kaler telah dikeluarkan iaitu Crystal Green dan Sparkling Blue berkapisiti 8GB RAM dan 128 ROM berharga RM1099. Telefon pintar ini akan berada dipasaran bermula 10/10/2019 serta penjualan ekslusif di LAZADA.

 

 realme 5 Pro

 

 

realme 5 Quad Camera Power Hero 

 

Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm Al generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan. realme 5 boleh didapati dalam dua warna baru Crystal Blue dan Crystal Purple. realme 5 mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+, yang memberi ruang pandangan lebih luas. pengalaman permainan yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi. 

 

Bagi realme 5. reka bentuknya telah dipertingkatkan dengan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi. Selain itu, realme 5 juga memberi pengalaman imej baharu dengan quad kamera Al 119‘ sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP), serta Ai kamera hadapan (13MP). Dengan bateri 5000 mAh besar untuk menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, realme 5 menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie

 

Bagi realme5 pula 2 versi warna juga telah dikeluarkan iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple berkapisiti 3GB RAM + 64 ROM RM599 dan 4GB + 128 ROM RM799. Telefon pintar ini akan berada dipasaran bermula 10/10/2019 serta penjualan ekslusif di LAZADA.

 

 

Kredit foto: Maestro Ridwan

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.