KARNIVAL MAKANAN BERCENGKERANG DI PAYA SERAI, HILTON PETALING JAYA


Restoran Paya Serai di Hilton Petaling Jaya, yang terkenal dengan sajian makanan sepanjang hari kini sedang mengadakan 'Karnival Crustacea', promosi bufet makanan yang berasaskan ikan serta makanan bercengkerang.


Promosi bufet ini berlangsung dari 1 - 31 Oktober 2019 dan boleh didapati untuk makan tengahari, makan malam dan 'hi-tea' pada hujung minggu dengan tawaran masing-masing pada harga RM68, RM85 dan RM122 bersih. Promosi bufet kali ini menampilkan pelbagai jenis menu ikan dan cengkerang yang dimasak dalam gaya asli Melayu, India, Barat serta Cina dengan stesen memasak disediakan di seluruh restoran.


Para tetamu boleh memilih pilihan makanan seperti ketam, kerang, udang dan ikan segar, memilih gaya masakan mengikut citarasa, dan melihat sendiri penyedian makanan tersebut oleh Chef bertugas. Diantara menu Masakan Melayu termasuklah Siput Sedut Masam Manis, Lala Masak Belado Hijau, Udang Sambal Petai, Kerang Masak Lemak, Udang Lipan Masak Tomato, Ketam Masak Lemak Nanas Cili Padi, Lokam Bakar Berempah dan Siput Buluh Bercili.


Bagi pilihan menu citarasa oriental pula terdiri daripada Udang Oat Mentega, Kacang Goreng Kacang Dengan Sos Kam Heong, Nasi Goreng Kacang Hitam Bersama Makanan Laut, Sotong Goreng Tepun dengan Cili kering dan Jeruk Lada Hitam.


Sementara itu, menu citarasa India pula menampilkan masakan kari dan rempah dengan hidangan makanan laut seperti Ketam Masala, Kari Udang dan Sotong Pakoras. Bagi hidangan Barat pula , menu pilihan seperti 'Crab Ragout', 'Crustacean Lasagne', Paella Makanan Laut dan Kentang Sumbat serta Marinara Makanan Laut.

Bagi mereka yang menggemari rasa manis semulajadi makanan bercengkerang ini, Paya Serai turut menyediakan seksyen 'Seafood On Ice' dimana tetamu boleh mencuba pilihan menu seperti Black Lips Mussels, Green Mussels, Poached Tiger Prawns, Fresh Oysters, Slipper Lobsters and Yabbies yang dihidangkan diatas ais. Restoran Paya Serai terletak di tingkat lobi Hilton Petaling Jaya dan dibuka setiap hari dari jam 6 pagi - 10:30 malam.


Diskaun 25% istimewa untuk ahli Hilton Dining APAC dan diskaun 15% untuk pemegang kad kredit terpilih.Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi +603 7955 9122 atau layari www.zestpj.com.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.