HOUSBOOM BAKAL ANJUR KONSERT SKALA BESAR NOVEMBER INI

October 14, 2019

  • Konsert Housboom Music 2019 bakal menghimpunkan 7000 penonton dan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi dan kumpulan muzik.

  • Tiket konsert bakal dijual serendah RM30 untuk persembahan skala besar selama 7 jam 

  • Gabungan genre muzik rock, hip hop , reggae dan ska diatas satu pentas konsert

 

Susulan kejayaan penganjuran Housboom Music pada tahun 2018, syarikat minuman tempatan, Housboom bakal menganjurkan sebuah konsert berskala besar 'Housboom Music 2019' pada 10 November 2019 bertempat di The Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan.

 

Konsert HM2019 yang bakal berlansung selama 7 jam bermula  seawal 3 petang sehingga 10 malam itu akan dibarisi oleh nama-nama besar penyanyi serta kumpulan muzik tersohor seperti Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang dijangka bakal menarik seramai lebih 7000 peminat musik tempatan.

 

Gabungan unik antara genre muzik rock, hip hop, reggae dan ska di atas satu pentas yang gah ini bersama ribuan penonton yang hadir bakal mencipta sejarah tersendiri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Housboom, Azri Zahier Azmi, konsert berskala besar yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin rakyat Malaysia terutama golongan muda yang menantikan gabungan unik ini. Lebih menarik lagi, harga tiket yang ditawarkan bermula serendah RM30!

 

"Hampir setiap tahun kami menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlansung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah. Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai setelah kami mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencinta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu diatas satu pentas.

 

"Konsert yang bakal menghimpunkan seramai 7000 penonton ini bakal dimeriahkan dengan persembahan demi persembahan selama tujuh jam sekaligus membuatkan penonton teruja-uja dengan seleksi pilihan lagi yang bakal dipersembahkan nanti." ujar Azri Zahier Azmi lanjut.

 

Jualan tiket untuk Konsert HM2019  hanya akan mula dibuka kepada umum mulai hari Jumaat, 18 Oktober 2019 melalui aplikasi mobil 'TicketApps'. Tiket-tiket akan dijual pada harga bermula:

 

a) RM30 (Early Bird) 18 Oktober - 9 November 2019

b) RM60 (Pintu Masuk / Walk-In ) 10 November 2019

c) RM100 ( Rock Zone) Terhad kepada 100 penonton terawal.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.