SAJIAN BUFET THAILICIOUS VASCOS HILTON KL GAMIT PENGUNJUNG SEPANJANG OKTOBER INI

Bercakap tentang makanan Thai pasti mengamit selera anda dengan hidangan Tom Yam, Pulut Mangga, Somtam dan lain-lain. Sebilangan besar masyarakat Malaysia adalah penggemar makanan Thai atau Thai Food Lover dimana setiap rumah pasti memiliki pes tomyam.

Baru- baru ini Vascos Hilton Kuala Lumpur menyajikan promosi bufet istimewa makanan Thai untuk penggemar-pengemarnya sepanjang bulan Oktober ini. Bufet Thailicious ini telah bermula 10 Oktober 2019 lalu hingga 31 Oktober 2019.


Yang paling istimewanya ialah Chef Nauwarat dan Chef Veerayod yang didatangkan khas dari Millennium Hilton Bangkok untuk menyediakan juadah Thailicious untuk anda merasai makanan Thai asli.


Foto dari kiri Chef Nauwarat dan Chef Veerayod


Antara makanan Thai yang sangat popular disajikan adalah Tom Yum Goong, Roast Duck in Red Curry, Wok Fried Beef Mince dan banyak lagi.


Mari kita lihat sendiri sambil menelan air liur anda dengan gambar-gambar untuk tatapan anda semua.




Sambil menjamu selera anda boleh merasakan sendiri urutan Thai secara percuma di bahu selama 10 minit dari Masseur The Spa, Hilton Kuala Lumpur. Setiap pelanggan juga bakal menerima sekeping baucar diskaun 30% untuk digunakan di The Spa .



Harga Promosi Thailicious

Makan Tengahari


RM148 nett dewasa RM68 nett kanak-kanak berumur 5-11 tahun

Makan Malam


RM188 nett dewasa RM68 nett kanak-kanak berumur 5-11 tahun



Khas buat anggota APAC yang menginap akan menikmati harga diskaun seperti berikut:

20% untuk makan tengahari pada hari berkerja

20% untuk makan malam dan hujung minggu

*tertakluk kepada terma & syarat

Tempahan hubungi : 03 22642264

laman web : life.hiltonkl.com