JUARA ZUL HUZAIMY, NAIB JUARA NOORKHIRIAH ALL STARS BUKA PANGGUNG MUSIM PERTAMA

October 19, 2019

Setelah 7 minggu Program Realiti Komedi Stagecom All Stars Buka Panggung disiarkan, malam tadi telah menutup tirainya apabila Zul Huzaimy muncul sebagai Juara Sulung All Stars Buka Panggung musim pertama. Zul menang selesa  dengan peratusan undian tertinggi 36.74%.

 

 

 

Juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

 

Naib Juara dimiliki oleh Noorkhiriah dengan undian sebanyak 21.65% seterusnya bawa pulang wang tunai RM25,000, tempat ketiga dengan peratusan 20.81% jatuh kepada Dato’ Aaron Aziz dengan wang tunai RM10,000 manakala tempat keempat Rita Rudaini hanya kurang tipis sebanyak 0.01% daripada tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.

 

 

Semua finalis membawa pulang sebuah trofi masing-masing.

 

All Stars Buka Panggung merupakan sebuah  stagecom komedi pentas bertemakan Katakan Tidak Pada Skrip dimana semua bintang merupakan pelakon-pelakon terkenal tanah air. Mereka dicabar dan diuji dengan lakonan hebat masing-masing dengan mempersembahkan lakonan tanpa skrip dan bertindak secara spontan sambil berkomedi di atas pentas.

 

Turut hadir artis jemputan iaitu Nabila Razali, Ebby Yus, Ropie dan Ali Puteh yang bersama-sama membantu memeriahkan stagecom komedi pentas akhir ini.

 

Tidak ketinggalan sumbangan khas sebanyak RM4,000 diberikan kepada artis veteran tanah air 70-an seniman Hamid Gurkha.

 

 

 

Sepanjang minggu All Stars Buka Panggung telah dihoskan oleh pelawak Ajak Shiro dan Shahrol Shiro serta pelakon terkenal Erra Fazira selaku Dewi Seri Panggung. Diasyikkan lagi dengan persembahan pembukaan irama dangdut oleh Mas Idayu dan Juzzthin.

 

Semua penjurian bergantung 100% dari undian secara dalam talian oleh penonton. 

 

All Stars Buka Panggung telah disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124) pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.