SAMBUTAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA 2019 MERIAH DIHADIRI RIBUAN PENGUNJUNG

October 21, 2019

Festival Seni Selat Melaka (FSSM) yang telah berkampung selama tiga (3) hari mulai 18, 19 dan 20 Oktober 2019 disambut dengan meiah dan gilang gemilang serta dihadiri oleh ribuan pengunjung dalam atau luar negara bertempat di Dataran Memorial Kemerdekaan, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

 

 

Festival ini merupakan Program Pelancongan Budaya yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Melaka) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi di bawahnya yang berkaitan telah berganding bahu bagi menjayakan Program tersebut.

 

FSSM 2019 ini bertemakan “Selat Melaka, Warisan Nusantara” mengetengahkan pelbagai aktviti berteraskan seni budaya, warisan, pelancongan, keilmuan, keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia.

 

Di antara pengisian menarik sepanjang FSSM 2019 berlangsung adalah acara Kemuncak Malam Gala Selat Melaka yang telah diadakan pada hari Sabtu, 19 Oktober 2019 serta pengisian menarik lain seperti berikut.

 

 

1. Persembahan Sisipan (Showcase) Warna-warni Selat Melaka

 

Persembahan Sisipan Warna-warni Selat Melaka adalah salah satu pengisian program dalam FSSM bagi menghebahkan dan memeriahkan lagi FSSM2019 di beberapa tempat tumpuan pelancong di negeri Melaka. Persembahan sisipan ini akan melibatkan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor di Menara Taming Sari, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Mega Mall serta di lokasi utama di Kota A Famosa, Banda Hilir, Melaka

 

 

2. Pencungkilan Bakat Muda Selat Melaka

 

Menyaksikan lebih enam (6) pertandingan utama yang dipertaruhkan iaitu – Pertandingan Mini Lantai Cilik yang merupakan Pertandingan Tarian Rakyat Kreatif bagi Kategori Sekolah Rendah dan Medley Tarian Malaysia bagi Kategori Sekolah Menengah, Pertarungan Tari Joget & Zapin (TERBUKA), Pertandingan Bintang Dondang Sayang, Pertandingan Lukisan Potret “Tun Fatimah” Serikandi Melaka, Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden dan Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah Bebas.

 

 

3. Pusat Transformasi Rakyat

 

Pusat Transformasi Rakyat pula menampilkan sebelas (11) agensi yang menawarkan khidmat pelbagai khidmat rakyat antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka, Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ( Klinik Pergigian Cheng), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan lain-lain.

 

 

4. Bazaar Citrarasa Inap Desa Selat Melaka

 

Bazaar Citrarasa Inap Desa Homestay (Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Melaka) pula dengan kerjasama Inap Desa Negeri Melaka pula menghimpunkan gabungan lapan (8) buah Inap Desa Negeri Melaka dengan hidangan kampung yang menyelerakan. Antara lapan (8) Inap Desa iaitu Kampung Morten, Kampung Alai, Kampung Pulai, Kampung Tambak Paya, Kampung Ayer Limau dan banyak lagi. Antara makanan yang popular iaitu Nasi Lemak, Rojak, Asam Pedas, Masak Lemak Perut Rebung dan banyak lagi.

 

 

5. Bazaar Selat Melaka : Seni Budaya, Kraf Warisan dan Pelancongan

 

Bazaar Selat Melaka ini mempamerkan produk, demonstrasi dan jualan terdiri daripada usahawan kraftangan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka yang merangkumi usahawan hasil rimba, batik jenis ikat, celup dan pelangi, hasil produk dari tanah dan simen, tekstil, logam dan banyak lagi.

 

Di samping itu jua, jualan khat warisan Islam, pelbagai produk dari Persatuan Usahawan Seni Budaya Malaysia yang merangkumi produk spa, perkhidmatan spa, cenderamata, tanjak, busana Melayu, catan muka, alat solek dan tatarias serta alat muzik tradisional.

 

Usahawan makanan muslim iaitu JALEN turut membuat Jualan Promosi, Minuman Percuma Dan Food Tester, Baucer Pembelian, Jualan Promosi, Demonstrasi Masakan serta pelbagai kuiz dan pertandingan. ASD Empire jua akan membuka kaunter alat solek dan tatarias juga melaksanakan aktiviti catan muka (face painting).

 

Jabatan Warisan Negara akan memaparkan pameran arkeologi untuk pengunjung merasai pendedahan cara-cara kajian arkeologi dan eskavasi cari gali bahanbahan, artifak dan monument sejarah bagaikan ahli arkeologi.

 

Urus Setia JKKN turut mengadakan pelbagai aktiviti di reruai pameran dengan Pertandingan Mewarna, Demonstrasi Permainan Tradisional, Musang Berjanggut, Kuiz Kebudayaan serta Pameran Fotografi “Syukor Khamis : Kampong Boy” Koleksi Karya Dallah Deen Photography.

 

 

6. Sesi Keilmuan & Perkongsian Ilmu 

 

Sesi Keilmuan akan menyaksikan sesi perkongsian ilmu Selat Melaka – Program ini akan melibatkan beberapa acara antaranya seperti Sesi pembelajaran Gerak Asas Tari Joget & Zapin beramai-ramai dan Sesi Apa itu Puisi Rejang yang akan menampilkan Tokoh Seni Berbahasa Tuan Haji Rani Embi.

 

 

7. Joget Lambak@Melaka 

 

Joget Lambak@Melaka adalah Majlis Penutup kepada FSSM2019 yang telah menyaksikan beberapa pertandingan akhir dilaksanakan iaitu Pertarungan Joget & Zapin (bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pengarah JKKN) dan Pertandingan Cabaran Gasing Tradisional & Gasing Moden, Pertandingan Memanah Tradisi & Memanah Bebas serta melancarkan kempen “I LOVE MALAYSIA” Siri Melaka.

 

 

Kerajaan Negeri Melaka juga turut mengangkat FSSM 2019 terutama untuk acara Malam Gala Muzikal Selat Melaka sebagai sebahagian daripada acara Sambutan Hari Jadi Ke-81 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob.

 

Acara Kemuncak FSSM 2019 itu telah diadakan persembahan berkonsepkan muzikal dalam Kota Melaka.

 

Tetamu Kehormat yang diraikan iaitu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob, ia turut dihadiri  YBhg. Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN.

 

Foto Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd. Khalil Bin Yaakob

(Baju Batik Biru)

 

Istimewanya tetamu kehormat telah diraikan dengan menaiki beca-beca oleh Persatuan Beca Warisan serta diiringi Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, Melaka juga Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Melaka ke tapak acara. Perarakan Kereta Lembu dan Beca Warisan yang mengiringi kenaikan Tetamu Kehormat pada malam itu adalah sebagai perlambangan kepada kesenian pelbagai kaum yang menunjangi seni budaya negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

 

 

Malam Gala tersebut menggabungkan garapan kreatif kesenian dondang sayang, kearifan tempatan iaitu seni berbahasa pantun serta persembahan muzik cak lempong, tari randai dan piring lambung yang diwakili oleh JKKN Negeri Sembilan dalam Segmen Kabar Berusik Negeri Sembilan. Sementara JKKN Johor pula menerusi Segmen Bayu Muara Maharani – pula akan menampilkan kehebatan seni Ghazal, Kuda Kepang, Barongan dan Zapin yang turut disertai oleh Badan Seni Budaya dari Muar dan Batu Pahat dan penyanyi Rojer dengan permainan muzik gambusnya.

 

 

Acara bertambah meriah menerusi Segmen Warnawarni Pelangi Dondang Sayang yang mewakili negeri Melaka selaku tuan rumah pula, JKKN Melaka, Briged Seni Melaka, Kumpulan Kesenian Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Institut Warisan Melaka (INSWA) dan Gabungan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan Negeri Melaka turut menampilkan Kumpulan Tarian Singa dan Naga Wen Wei Melaka, Kumpulan Komuniti Chitty Kampung Gajah Berang, Melaka, Badan Kesenian Baba dan Nyonya Melaka (KEBAYA), Kumpulan Kesenian Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka, Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka, Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Persatuan Beca Warisan Melaka, Pengusaha Kereta Lembu Kampung Tambak Bugis, Melaka, Persatuan Teo Chew Melaka, Persatuan Tamil Melaka, Persatuan Bhangra Melaka, Pusat Warisan dan Kebudayaan Melayu Melaka (PERANTARA).

 

Sebanyak Tiga Puluh Tiga (33) agensi Kerajaan dari negeri Melaka telah turut bersama-sama serta menjayakan FSSM 2019, tujuh (7) agensi swasta, sebelas (11) persatuan dan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan dan dua (2) komuniti.

 

FSSM2019 yang telah dianjurkan berharap dapat menemukan idea dan medan pertemuan baharu para karyawan dan semua yang terlibat dalam sektor seni budaya dan warisan di seluruh Malaysia dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri budaya, warisan dan pelancongan untuk disepadukan sebagai salah satu bentuk ekosistem ekonomi dan perdagangan yang baharu hasil gabungan antara usaha melestarikan kandungan seni, budaya, warisan di samping usaha memupuk generasi muda bersekali dalam sektor terbabit.

 

Ini adalah selaras dengan misi MOTAC untuk memajukan pelancongan dan budaya di samping mengukuhkan, memelihara dan memelihara seni, budaya dan warisan. Malah usaha menyediakan modal insan yang berpengetahuan, mahir, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan budaya. MYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.