SIAPA 'RACUN HATI' ARA JOHARI?



Selepas berjaya meraih tempat kedua di

Anugerah Juara Lagu ke-33 Februari lalu, bintang berbakat besar Ara Johari kembali dengan sebuah lagi lagu balada Rock berjudul ‘Racun Hati’. Bersesuaian dengan suara Ara, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang kehilangan pasangan sehingga sanggup ‘meracuni hatinya’ dengan ‘membunuh rasa sayang’ terhadap orang baru yang lain kerana terlalu mencintai pasangannya yang telah pergi.

Digubah oleh Amy Bong dan disulami lirik nukilan Ziin serta Amy Bong sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu Ara sebelum ini.

Ara yang memang dikenali dengan lagu berentak balada rock mempunyai himpunan peminatnya sendiri yang senantiasa ternati-nanti buah tangan terbaru darinya. Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ”Lagu Racun ini merupakan hasil nukilan dari Amy Bong dan sedikit sentuhan daripada Ziin, beliau berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Lagu ‘Racun Hati’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Racun Hati’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Lagu: Racun Hati

Penyanyi: Ara Johari

Lirik: Amy Bong & Ziin

Komposer: Amy Bong

Angin yang berlari rasa takkan berganti Bingung dengan amarah dan kasih Musnah segala yang tersimpan di hati Hilang tak lagi berteman kasih

Dalam hati dan nafasku Jujur hatiku merinduimu

Separuh nafasku serah padamu Lengkapilah hidup ku bersama mu Kerna ku yakin kau kan setia Menemani ku selamanya

Sepenuh kasih kuserah padamu Tak lena terpejam tanpa diri mu Rintihan hasratku sakit terasa Meracun hati dan perasaan ini


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.