KESERONOKAN AKTIVITI DI PELADANG SETIU AGRO RESORT

October 31, 2019

Tidak dapat dibanding dengan menginap di bandar berbanding di kawasan hutan simpan yang indah dengan Flora Faunanya. Bulan lalu MB dibawa bersama mengikuti FAM TRIP Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetlands 2019 anjuran Tourism Malaysia ini telah menginap di Peladang Setiu Agro Resort.

 

 

Selama satu malam kami disini, kesabaran kami diuji dengan liputan telco yang tidak stabil menyebabkan kami terputus hubungan komunikasi dengan orang luar. Bagaimanapun sekiranya anda pencinta alam sekitar dan sukakan kehijaun inilah tempat yang anda harus singgah.

 

 

Peladang Setiu Agro Resort menawarkan 58 unit chalet, Kem Latihan Agro dengan 5 blok asrama (boleh menampung 250 orang pada satu-satu masa) dan juga Tapak Perkhemahan Agro (boleh menampung 300 orang pada satu-satu masa).

 

Yang turut menarik di sini ialah mini taman tema air untuk kanak-kanak.

 

 

 

Pelbagai aktiviti menarik yang anda akan merasai nya sendiri iaitu Flying Fox, Water Confident, berkeno, Night Walk, memancing dan lain-lain lagi.

 

Chalet penginapan yang selesa dan luas serta mempunyai balkoni yang menghadap tasik. Keindahan tasik sekitarnya yang dikelilingi oleh hutan simpan Gunung Tebu cukup mendamaikan mata anda di pagi hari. 

 

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi pihak Pengurusan Peladang Setiu Agro Resort seperti berikut:

 

Laman Web : www.agroresort.com

Alamat : Lot 3912, Mukim Guntung, Setiu, 22040, Permaisuri, Terengganu

Telefon :019-919 2240

 

MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.