KEINDAHAN DAN KEBERSIHAN LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK MENGGAMIT PENGUNJUNG

November 1, 2019

Baru-baru ini MB berpeluang mengikuti FAM TRIP  Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetlands 2019 anjuran Tourism Malaysia sangat teruja apabila kami dibawa ke satu lokasi riadah yang sangat cantik iaitu Lata Kolam Air Deru Ecopark.

 

 

 

Kami berkesempatan tinggal selama 2 hari 1 malam di sini serta dapat merasai bermalam di Khemah panjang. Anda akan merasai kesejukan suhu kawasan dan bunyi air sungai yang pasti mendamaikan anda.

 

Selain daripada itu, kemudahan tandas, chalet penginapan, surau dan warung makan turut disediakan bagi memastikan keselesaan pengunjung.

 

Air Deru Lata Kolam Ecopark terletak di Jalan Kolam Air Panas Kampung La Jerteh, Terengganu. Ekosistem alam yang indah dan kebersihan merupakan pilihan utama para pengunjung. Terdapat 3 segmen sungai iaitu Pengkalan Suri (Kawasan Perkhemahan atau kawasan sungai cetek), Pengkalan Dua dan Pengkalan Raja (Kawasan Air Terjun dan aktiviti riadah).

 

Selain daripada bermandi-mandi disini, pelbagai aktiviti lain serta sukan air yang boleh diadakan disini antaranya i ATv Adventure, Jungle Trekking, Flying Fox & Abseiling, Water Rafting dan lain- lain.

 

 

Big Scope Event and Travel Sdn Bhd, syarikat yang mempelopori Lata Kolam Air Deru Ecopark ini sejak dibuka pada orang awam bulan Mac tahun 2018, sudah hampir 130 ribu pengunjung yang telah datang terutamanya pengunjung dari negeri Kelantan dan Terengganu. 

Tidak ketinggalan pelancong dari luar negara seperti Rusia, Germany ,Italy dan lain-lain turut berkunjung ke sini.

 

Sekiranya anda ingin berkunjung ke sini boleh menghubungi pihak Pengurusan di talian 019-6931662. Untuk info lanjut boleh lawatan ke Instagralatakolam_ecopark. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.