MENGINAP DALAM ISTANA LAMA, TERRAPURI CUKUP MEMUKAU

November 2, 2019

Singgah di daerah Setiu pasti teringat dengan Setiu Wetlands yang akan membawa anda menjelajah Kawasan Hutan Paya Bakau yang cukup mempesonakan. Tidak ketinggalan juga sekiranya anda ingin menginap di sekitar Setiu,  Terrapuri merupakan pilihan pertama. Bermotifkan seni bina istana lama rumah Terengganu ini menjadikan ianya sangat unik dan meninggalkan nostagia kemasyhuran dahulu kala.

 

 

 

Pengalaman cukup indah bagi MB kerana dapat bermalam di sini walaupun hanya satu malam. Ini juga bersempena siri jelajah FAM Trip Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetlands 2019 yang dibawa oleh Tourism Malaysia dan Tourism Terengganu.

 

an architecture of a LOST KINGDOM jolokan nama Terrapuri berjaya menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk bermalam di sini. Berada di kawasan pantai membuatkan anda dibelai angin laut.

FAKTA MENGENAI SENI BINA TERRAPURI

 

Rumah klasik Terengganu (Rumah Bujang & Rumah Bujang berserambi) mempunyai ciri seperti rumah Kemboja dan Thailand. Dengan platform yang dibangkitkan di atas panggung, bentuk segi tiga, bumbung bumbung yang curam, hujung gable lembut melengkung (Peles), jubin bumbung terracotta berbentuk rhomboid dan dinding yang terbuat dari panel kayu yang diletakkan ke dalam bingkai alur.

 

Dibina sepenuhnya dari kayu Cengal (Neobalanocarpus Heimii), dinding, pintu, tingkap dan gubalan terdiri daripada panel kayu yang berasingan yang dipasang bersama dengan sendi kayu yang dipegang oleh pasak (kayu pasak) dari kayu penaga. Hebatnya,

 

Tiada Paku digunakan, oleh itu keseluruhan struktur boleh diambil dan disusun kembali. Dalam bahasa Melayu Terengganu dialek masang, yang bermaksud 'berkumpul'. Rumah itu boleh dipasang dengan mudah atau dibongkar dan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Bayangkan, Terengganu sudah membuat rumah pasang siap beratus-ratus tahun yang lalu.

 

Terrapuri Heritage Village adalah projek pemuliharaan dan pemulihan di rumah klasik Terengganu dengan objektif seperti berikut:

 

i. Rumah-rumah klasik Terengganu yang telah diselamatkan dan dipulihkan berabad-abad kemudian akan dihancurkan atau akan runtuh.

 

ii. Pemeliharaan, memahami budaya, motif, simbolik, cerita dan nilai di belakangnya.

 

iii. Mendidik generasi muda tukang kayu (Tukang Kayu) untuk menghargai warisan rumah klasik Melayu Terengganu.

 

 

 

TERRAPURI VILLA

 

Terdapat 15 Jenis villa ( 22 buah Villa) disediakan di Terrapuri antaranya Rumah Kedai Buluh, Rumah Paloh, Rumah Belukar Titian, Rumah Tasek, Rumah Dusun, Rumah Tembakang,  Rumah Binjai Rendah, Rumah Seberang Takir dan lain-lain lagi.

 

Selain itu juga terdapat Bilik Mesyuarat, Bilik Membaca, kemudahan Swimming pool, Spa, Galeri Juala dan sebagainya.

 

 

Paling menarik disini anda boleh melihat Kelip-kelip dibelakang villa ketika musimnya. Harga bermula daripada RM599 hingga ke RM1299. Sekiranya anda ingin merasai penginapan ala-ala Bali memang wajib menginap di Terrapuri dahulu.

 

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Pengurusan Terrapuri Heritage Village seperti berikut;

 

Laman Web : www.terrapuri.com

Alamat : Kampung Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu

Telefon : +(609) 6245020 +(609) 6312081

Faks : +(609) 6228093

Emel : info@terrapuri.com

 

MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.