CARING PHARMACY DAN NESTLE HEALTH SCIENCE ANJUR FORUM AWAM 'LIVE WELL WITH DIABETES'

November 3, 2019

 

CARiNG Pharmacy Retail Management, pengendali rangkaian farmasi komuniti dalam kelompok tiga (3) yang paling utama di Malaysia dengan usahasama Nestlé Health Science telah menganjurkan Forum Awam "Live Well with Diabetes" bersempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, buat kali pertamanya semalam, 2 November 2019 bertempat di Dewan Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana, Selangor Darul Ehsan. 

 

Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes, yang mana angka ini adalah yang tertinggi di Asia, dan antara yang tertinggi di dunia. Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh (7) juta rakyat Malaysia dijangka menghidap diabetes menjelang tahun 2025. Sebagai rantaian farmasi utama di Malaysia, CARiNG memainkan peranan aktif dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang diabetes, di samping menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pesakit-pesakit yang menghidap diabetes. 

 

Forum Awam "Live Well with Diabetes" telah dirasmikan oleh Encik Chong Yeow Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-sama Cik Maria Rica Mier, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlé Health Science. Forum ini adalah sebahagian daripada pelbagai program jangkauan awam tentang diabetes yang dilaksanakan oleh CARiNG, termasuklah penerbitan buku "You Can Live Well with Diabetes" dan “Diabetes Corner" yang telah dilancarkan pada November tahun lepas. 

 

Antara tarikan utama forum ini adalah acara Cabaran Glucocare dan juga penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran selama tiga bulan merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah berterusan dan perancangan pemakanan yang direka khusus yang turut mengandungi NUTREN®️ Untuk Diabetik keluaran Nestlé Health Science. 

 

 

"Diabetes adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami. dan kami berbangga bahawa forum 'Live Well with Diabetes' ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perubahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan mereka," komen Pengarah Urusan CARiNG Encik Chong Yeow Siang berhubung kejayaan program cabaran tersebut. 

 

Para jemputan ke Forum Awam "Live Well with Diabetes" telah diberikan peluang untuk memahami dan mempelajari tentang peranan nutrisi dalam pengurusan diabetes menerusi stesen-stesen pembelajaran yang ditempatkan di serata dewan. Setiap stesen menempatkan satu tema spesmk untuk mendidik hadirin tentang pemakanan, nutrisi, dan senaman. 

 

Pakar-pakar penjagaan kesihatan dari Becton Dickinson Sdn. Bhd., Duopharma Biotech Berhad dan Bionime Malaysia Sdn. Bhd. turut diundang untuk memberikan ceramah tentang mitos dan salah faham tentang diabetes dan insulin, teknik-teknik suntikan insulin dan juga ekosistem e-kesihatan diabetes. 

 

Pakar Pemakanan Nestlé Health Science, Cik Rachel Liu (gambar) turut berkongsi tentang bagaimana kita boleh mencari keseimbangan yang sempurna menerusi pengenalan gantian-gantian makanan sebagai sebahagian daripada perancangan pemakanan harian kita. Beliau kemudiannya turut memberikan ceramah yang menarik tentang kepentingan mencipta satu perancangan makanan yang seimbang dengan memasukkan formula khas diabetik yang sesuai untuk mereka yang menghidap diabetes. 

 

Tahun ini, CARiNG turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan farmasi kepada orang ramai iaitu Sistem Pengurusan Diabetes CARiNG (OMS).


OMS adalah sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah. Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakitpesakit untuk menjalankan kehidupan yang sejahtera walaupun menghidapi diabetes. 

GALERI | PELANCARAN FORUM AWAM "LIVE WELL WITH DIABETES"

 

 

 

Mengenai CARiNG Pharmacy

 

CARiNG Pharmacy Group Berhad (CARiNG. 5245), mengendalikan rangkaian farmasifarmasi komuniti di bawah jenama CARiNG di Malaysia. Syarikat ini menjual secara runcit produk-produk farmaseutikal. penjagaan kesihatan dan produk penjagaan peribadi. 

 

Di CARING, misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan farmasi yang paling profesional dan inovatif serta produk berkualiti tinggi dan kos efektif kepada pelanggan kami. Kami berhasrat menjadi pemacu gaya hidup yang sihat di dalam komuniti. 

 

Pada tahun 2019, farmasi CARiNG menyambut ulang tahunnya yang ke-25 di mana kami telah bersama anda dalam satu perjalanan yang penuh rasa prihatin untuk sentiasa menyediakan produk penjagaan kesihatan dan juga mempromosikan gaya hidup sihat. Farmasi CARiNG berikrar untuk meneruskan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan daIam segala apa yang kami laksanakan, dan inilah pemangkin kepada pertumbuhan kami selama 25 tahun. 

 

Mengenai NUTREN®️ Untuk Diabetik

 

NUTREN®️ Untuk Diabetik adalah minuman berkhasiat yang lengkap dan seimbang untuk mereka yang menghidapi diabetes. Ia dihasilkan mengikut Garis Panduan Diabetes Antarabangsa, dan mengandungi adunan serat unik dengan 30 vitamin dan mineral penting dengan indeks glikemik rendah (GI). la diperbuat daripada adunan protein susu dan kasein yang disesuaikan dan tidak mengandungi gula. Meminum segelas NUTREN®️ Untuk Diabetik pada waktu sarapan telah dibuktikan secara klinikal dapat menyediakan keseimbangan optima dalam nutrisi dan tenaga untuk sepanjang hari. NUTREN®️ Untuk Diabetik boleh didapati di mana-mana farmasi utama.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.