NCIG BAKAL TUTUP OPERASI DI MALAYSIA, 9000 ORANG HADIR NSUMMIT2

November 10, 2019

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat NCIG (M) Sdn Bhd, Shariffuddin Bujang, hari ini dengan duka citanya mengumumkan bahawa NCIG (M) Sdn Bhd bakal menghentikan operasinya di Malaysia. Beliau memaklumkan berita itu selepas pelancaran produk-produk terbaharu NCIG - NCIG2 Total Solution di NSummit2 di MIECC Seri Kembangan, Selangor.

“Keputusan ini bukan dibuat dengan mudah kerana ia memberi impak kepada beratus pekerja NCIG di Malaysia. Selagi Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektronik, ini menjadi halangan buat kami bagi memenuhi misi utama NCIG untuk membantu 8 juta perokok di Malaysia berhenti merokok”- ujarnya.

“NCIG hanya akan memasarkan variasi produk sifar nikotin daripada NCIG Total Solution untuk pasaran tempatan sebagai fasa terakhir sebelum penarikan operasi di Malaysia. Kami merancang untuk menghentikan operasi di Malaysia, dan akan mengutamakan pelaburan kami pada pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rokok elektronik bernikotin telah di luluskan,terutamanya di United Kingdom dan Indonesia”- Shariffuddin

 

 Foto seorang wanita menunjukkan model NCIG2 versi terbaru keluaran syarikat

Sumber IG : NCIGMY



Beliau berkata produk cecair elektronik sifar nikotin bukan penyelesaian masalah untuk Malaysia kerana ia hanya akan menggalakkan lagi orang awam terutamanya yang bukan perokok untuk mula menggunakan vape. Sebaliknya, NCIG menawarkan produk rokok elektronik sifar nikotin digunakan pada fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merokok. Disebabkan oleh regulasi yang diguna pakai sekarang, NCIG hanya boleh memperkenalkan produk cecair elektronik yang mengandungi sifar nikotin di Malaysia.

Bercakap mengenai masa depan industri vape di Malaysia, beliau berkata sekiranya perkara ini masih dilarang oleh pihak berkuasa, ini akan memberi impak besar kepada peniaga tempatan yang lain. Buat masa ini, cecair rokok elektronik buatan Malaysia dianggap premium di pasaran antarabangsa kerana mengandungi Glycerin Sayuran (VG) berkualiti tinggi yang diperolehi daripada minyak sawit tempatan.

“Kami menganggarkan lebih dari 50,000 tan Glycerin Sayuran (VG) digunakan setiap tahun oleh pengusaha vape tempatan dan ini adalah salah satu rahsia kejayaan jenama Malaysia di mata dunia serta menjadikan kami pengeluar cecair rokok elektronik kedua terbesar di dunia selepas USA”

Beliau menambah bahawa industri kreatif juga bakal terjejas kerana syarikat vape menggunakan bakat anak muda tempatan bagi menghasilkan reka bentuk, pengiklanan, pembungkusan, dan juga melabur dalam produk dagangan bagi tujuan promosi. Industri vape tempatan di Malaysia terdiri daripada pengusaha Bumiputera persendirian yang kebanyakannya mengeksport majoriti produk mereka ke luar negara dan mengupah sehingga 30,000 pekerja tempatan.

 

Foto Ketua Pegawai Eksekutif syarikat NCIG (M) Sdn Bhd, Shariffuddin Bujang (Tengah) berucap ketika sidang media selepas majlis NSummit2

 



NSummit2 – NCIG Total Solution


NSummit2 yang dijalankan di Mines International Exhibition & Convention Centre dikunjungi hampir 9000 hadirin, termasuk usahawan tempatan terkemuka dan wakil-wakil kerajaan. NSummit2 dilancarkan dengan perbincangan bersama pakar antarabangsa terkemuka berjudul ‘Vaping daripada Perspektif Global’. Forum itu disertai oleh Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dr. Arifandi Sanjaya dari Indonesia dan Dr Konstantinos Poulas, seorang pakar dari University of Patras di Greece.

“Misi NCIG sentiasa jelas sejak hari pertama - untuk meningkatkan kualiti hidup para perokok dan keluarga mereka dengan menamatkan ketagihan rokok buat selama-lamanya. Kami bukan sahaja sebuah syarikat vape. Kami membina perniagaan ini untuk membantu perokok supaya mereka dapat menamatkan ketagihan mereka dengan selamat dan berkesan," kata Shariffuddin dalam ucapannya.

 


Sejak pelancaran NCIG, ia telah pun membantu lebih daripada 170,000 orang perokok dengan mengubah kehidupan mereka dan membantu mereka berhenti merokok sepenuhnya. NCIG berhasrat untuk menjadi penyelesaian untuk rawatan ketagihan rokok yang berkesan secara global. MYBUZZ!

 

Sila lawati: www.ncig.com

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.