APA YANG ADA DI SETIU, BESUT? JOM JELAJAH TERENGGANU

November 12, 2019

Bak kata pepatah, 'Jauh Perjalanan Luas Pengalaman' , kebanyakan rakyat Malaysia ada yang sudah sampai ke Terengganu, terutamanya Kuala Terengganu yang terkenal dengan pengusahaan keropok Lekor, monumen batu bersurat, masjid kristal, masjid terapung, membeli-belah di pasar payang dan sebagainya.

 

Baru-baru ini MB dibawa oleh Tourism Malaysia sempena FAM Trip : Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetland 2019 dan telah menjelajah daerah Setiu, Besut dan kawasan Jerteh bagi melihat sendiri budaya, kesenian dan warisan daerah di Negeri Terengganu Darul Iman.

Pengalaman selama hampir 4 hari di sana kami telah dibawa ke beberapa lokasi lawatan seperti berikut.

 

Masjid Lapan Kubah

 

 

Masjid Lapan Kubah terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia.

 

 

Homestay Kubang Depu

 

Sepanjang hari kami dibawa ke kawasan Homestay Kubang Depu bagi merasaiya sendiri pengalaman bersawah sambil menangkap ikan puyu. Kami turut disajikan makanan tradisi tempatan disini antaranya masakan Ikan Puyu goreng, Ikan sungai masak gulai asam, ulam-ulaman seperti petai, Pucuk jagus dan keenakan gulai sayur terung masak lemak sebagainya. Kuih-muih tradisional seperti lempeng kelapa, Kuih Tepung Bunga dan lain-lain lagi.

 

 

 

 

Pada sebelah malam pula kami menyaksikan perasmian Terengganu Homestay Food & Culture Festival 2019 yang disempurnakan oleh Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia wilayah timur.

 

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan seperti acara silat, Dikir Barat dan aksi Muay Thai oleh kumpulan kebudayaan tempatan.

 

 

Selain daripada Homestay, aktiviti agro tourism seperti penternakan kambing dan pengusahaan susu kambing.

 

 

 

Alamat Homestay : 

 

Homestay Kubang Depu.

Jalan Guri Emas, Besut, Terengganu

 BESUT RIVER CRUISE

 

Besut River Cruise menawarkan para pengunjung untuk mencuba dan merasainya sendiri pengalaman menyusuri sungai Besut sepanjang 5 KM. Keindahan ekosistem semulajadi menggamit memori anda sepanjang menaiki Bot.

 

Sambil melihat panorama indah sepanjang sungai, anda juga boleh mencuba air kelapa segar dan makanan tempatan seperti sata dan otak-otak. Bagi yang suka berselfie inilah tempatnya.

 

Yang menarik juga anda boleh melihat kapal-kapal nelayan, pelbagai tumbuhan paya bakau di sekitarnya. Bot yang boleh memuatkan sekitar 10 orang ini berharga RM100-RM150 satu bot.

 

Alamat : Kampung Payang, Besut, 22200, Terengganu

 

TAMAN REKREASI AIR PANAS LA HOT SPRING

 

Taman Rekreasi La Hot Spring merupakan salah satu destinasi tarikan pengunjung untuk bersantai bersama keluarga dan beriadah bersama rakan-rakan. 

 

 

 

Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.

 

Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos).

 

Pengunjung akan lebih ramai pada hari hujung minggu. Oleh itu rancang percutian anda.

 

 Foto senarai harga sewaan

 

 

La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi. Tandas awam MB boleh bagi rating A++ sangat bersih !!!

 

 

 

Selain itu juga, sekiranya anda ingin bermalam, chalet-chalet penginapan juga disediakan.

 

 

RUMAH BOTOL

 

Satu lagu lokasi menarik yang anda harus pergi Rumah Botol. Rumah Botol diilham oleh Ayah Ku atau nama sebenarnya Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk bin Tengku Mansor.

 

Menurut Ayah Ku, koleksi beliau sehingga hari ni mencecah hampir 8000 botol. Idea untuk mengumpul botol tercetus selepas timbul rasa bimbang terhadap pengunjung pantai tercedera akibat terkena serpihan kaca botol apabila dipecahkan mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

 

 

Setiap botol juga Ayah Ku melabelkan nombor siri. Botol pertama yang dimiliki beliau mengandungi surat daripada China. Dikatakan botol tersebut berusia hampir 18 tahun.

 

Foto Ayah Ku menunjukkan botol pertama beliau 

PUSAT PERKEMBANGAN WANITA 

WARISAN KRAF KERCUT

 

 

 Foto Rumah PKW

 

MB juga dibawa ke Pusat Perkembangan Wanita atau PKW, yang mengusahakan barang kraf dari tumbuhan KERCUT. PKW ditubuhkan pada 2012 dan ianya merupakan sebuah organisasi berasaskan komuniti di bawah program industri asas tani, Jabatan Pertanian Malaysia.

 

Ia bertujuan memaksimumkan penglibatan wanita dalam arus pembangunan pertanian khususnya dalam meningkatkan kualiti hidup keluarga tani melalui peningkatan keupayaan mereka dalam aktiviti ekonomi berasaskan sumber alam.

 

 

KPW juga menawarkan kepada pengunjung seperti menghasilkan produk kraf melalui tumbuhan KERCUT, aktiviti kelip-kelip, menangkap belut, perusahaan tembikaim mengail udang dan perkhidmatan katering.

 

Alamat : PKW , Kampung Beris Tok Ku, Setiu, Terengganu

 

SETIU WETLANDS FESTIVAL 2019

 

Bersempena dengan Setiu Wetlands Festival 2019, kami berkesempatan menyusuri Sungai Setiu berkeluasan 23,000 hektar. Ia merupakan taman wetland yang paling besat di Pantai Timur. Sebanyak 432 hektar telah menjadi tanah rizab Taman Negeri Setiu Wetlands.

 

 

Kami juga mencuba pengalaman River Cruise dengan memperlihatkan sembilan ekosistem Setiu Wetlands yang saling berkaitan - laut, sungai, pantai berpasir, estuari, pulau, lumpur, laguna, paya air tawar dan bakau.

 

Terdapat 4 batang sungai berhampiran iaitu Sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang. 14km panjang Sea Lagoon.

 

Kaya dengan kehidupan haiwan, Setiu Wetlands mempunyai 29 spesis mamalia, 161 spesis burung serta 36 spesis reptilia dan amfibia tetapi yang paling penting, ia adalah habitat kepada spesis terancam seperti Penyu dan sebagainya.

 

Aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan disini adalah seperti berikut:

 

Batu Rakit – Lembah Bidong

 

* Perkampungan Nelayan

* Kerepok Lekor 

* Terengganu International

   Endurance Park

* Bukit Maras 

* Lingai Durian Orchard

* Permandangan Lingai Bird 

 

Merang – Rhu 10

 

* Pemandangan

* Jeti merang (Pulau Redang,

   Lang Tengah &

   Bidong )     

* Pembinaan Kapal

* Hutan Brist

* Pembuatan Gula Kelapa

* Ikan Celup Tepung (ICT)

   Kerepok Lekor (KLCC)

   Udang Viral (UV) 

 

Kampung Penarik - Mangkuk - Kuala Baru

 

* Ikan Celup Tepung (ICT)

   Kerepok Lekor (KLCC)

   Udang Viral (UV)           

* Scenic Drive

* Perkampungan Nelayan        

* Sungai Safari  

* Melihat Kelip-Kelip

* Terrapuri Heritage Village      

* Homestay/

   Kampung Stay     

* Local Cottage Industry

* Lokasi Pengambaran Filem

 

 

Benting Lintang

 

* Kraf KERCUT

* Pengeringan Ikan Bilis  & Budu

* Perkampungan Nelayan

* Jeti Nelayan         

* Hutan BRIS

* Hutan Paya Bakau    

* Hutan KERCUT 

 

 

Tasik Berombak

 

 

Anda juga boleh mencuba aktiviti mencari kepah, Lokan, lawatan ke sangkar ikan dan sebagainya. Paling menarik kami perlu mencarinya sendiri dan terus dipanggang segar. Sangat segar !!!

 

 

 

Akhir sekali Setiu Wetlands Festival 2019 telah dirasmikan oleh YB Tuan Ariffin bin Deraman Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu  mewakili Menteri Besar Terengganu. Perasmian penutup dimeriahkan dengan Fun Ride dan pameran-pameran pengetahuan serta jualan-jualan makanan.

 

 

Akhirnya, banyak MB telah kongsikan dalam artikel tempat-tempat menarik di Setiu Terengganu termasuk tradisi, makanan dan budaya masyarakat tempatan. Sekiranya anda datang ke Setiu wajib mencuba River Cruise di sepanjang Sungai Setiu dengan menyaksikan keindahan dan panorama yang indah.

 

Sekalung budi tidak terhingga kepada Tourism Malaysia dan Tourism Terengganu kerana sudi bawa kami jalan-jalan, tidak ketinggalan Bas SUK Negeri Terengganu yang membawa kami jalan-jalan dari Kuala Lumpur ke Setiu. Semoga bertemu lagi di artikel jalan-jalan seterusnya. 

 

Jom kita teruskan hastage #VisitMalaysia2020 bagi menandakan sokongan anda untuk Tanah air tercinta. I Love Malaysia. MYBUZZ!