APA YANG ADA DI SETIU, BESUT? JOM JELAJAH TERENGGANU

Bak kata pepatah, 'Jauh Perjalanan Luas Pengalaman' , kebanyakan rakyat Malaysia ada yang sudah sampai ke Terengganu, terutamanya Kuala Terengganu yang terkenal dengan pengusahaan keropok Lekor, monumen batu bersurat, masjid kristal, masjid terapung, membeli-belah di pasar payang dan sebagainya.


Baru-baru ini MB dibawa oleh Tourism Malaysia sempena FAM Trip : Terengganu Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetland 2019 dan telah menjelajah daerah Setiu, Besut dan kawasan Jerteh bagi melihat sendiri budaya, kesenian dan warisan daerah di Negeri Terengganu Darul Iman.

Pengalaman selama hampir 4 hari di sana kami telah dibawa ke beberapa lokasi lawatan seperti berikut.


Masjid Lapan Kubah

Masjid Lapan Kubah terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia.



Homestay Kubang Depu

Sepanjang hari kami dibawa ke kawasan Homestay Kubang Depu bagi merasaiya sendiri pengalaman bersawah sambil menangkap ikan puyu. Kami turut disajikan makanan tradisi tempatan disini antaranya masakan Ikan Puyu goreng, Ikan sungai masak gulai asam, ulam-ulaman seperti petai, Pucuk jagus dan keenakan gulai sayur terung masak lemak sebagainya. Kuih-muih tradisional seperti lempeng kelapa, Kuih Tepung Bunga dan lain-lain lagi.


Pada sebelah malam pula kami menyaksikan perasmian Terengganu Homestay Food & Culture Festival 2019 yang disempurnakan oleh Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia wilayah timur.


Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan seperti acara silat, Dikir Barat dan aksi Muay Thai oleh kumpulan kebudayaan tempatan.


Selain daripada Homestay, aktiviti agro tourism seperti penternakan kambing dan pengusahaan susu kambing.

Alamat Homestay :

Homestay Kubang Depu.

Jalan Guri Emas, Besut, Terengganu

BESUT RIVER CRUISE

Besut River Cruise menawarkan para pengunjung untuk mencuba dan merasainya sendiri pengalaman menyusuri sungai Besut sepanjang 5 KM. Keindahan ekosistem semulajadi menggamit memori anda sepanjang menaiki Bot.


Sambil melihat panorama indah sepanjang sungai, anda juga boleh mencuba air kelapa segar dan makanan tempatan seperti sata dan otak-otak. Bagi yang suka berselfie inilah tempatnya.


Yang menarik juga anda boleh melihat kapal-kapal nelayan, pelbagai tumbuhan paya bakau di sekitarnya. Bot yang boleh memuatkan sekitar 10 orang ini berharga RM100-RM150 satu bot.


Alamat : Kampung Payang, Besut, 22200, Terengganu


TAMAN REKREASI AIR PANAS LA HOT SPRING