NAQIU BOBOY MELONJAK TANGGA TERATAS, NURFATIMA HAMPIR TERSINGKIR GEGAR VAGANZA MINGGU KE 5

November 14, 2019

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim keenam (GV6) telah menyaksikan 10 bintang berjaya menyampaikan persembahan yang sangat menghiburkan! Menggalas tugasan yang diberikan pada minggu bertemakan ‘Curhat’ atau ‘Curahan Hati’, kesemua peserta telah menyanyikan lagu-lagu yang bersifat luahan hati dan rintihan emosi.

 

 Foto Naqiu Boboy mempamerkan persembahan All Out minggu kelima Gegar Vaganza

 

 

 

 

Naqiu Boboy berjaya meletakkan dirinya kembali di kedudukan teratas dengan memperolehi markah tertinggi sebanyak 80.00 peratus. Persembahan cemerlang beliau menerusi lagu popular kumpulan legenda rock, WINGS iaitu ‘Di Ambang Wati’ telah mendapat ‘standing ovation’ dari juri tetap, Hetty Koes Endang.

 

Terus konsisten dengan kualiti persembahan beliau, Jatt Ali, berjaya berada di kedudukan kedua tertinggi dengan mengumpul markah sejumlah 79.00 peratus! Menerusi lagu band popular Indonesia, Radja iaitu  ‘Benci Bilang Cinta’, Jatt telah mendapat pujian yang positif dari juri jemputan, Datuk Yusof Haslam yang mana beliau memberi komen - persembahan yang konsisten dari minggu ke minggu serta showmanship yang bagus’

 

Seterusnya, persembahan yang sangat bertenaga menerusi lagu popular penyanyi Indonesia, Mulan Jameela iaitu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, One Nation Emcees berjaya berada di kedudukan tiga teratas selepas berjaya mengumpul markah sejumlah 73.00 peratus serta mendapat pujian yang positif dari ketiga-tiga juri. Di samping itu, One Nation Emcees juga telah diumumkan sebagai penerima ‘Artis Cili Padi Paling Power’ pada minggu kelima.

 

Sementara itu, Wann telah diumumkan sebagai pemenang anugerah ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ selepas beliau memperoleh undian tertinggi menerusi undian online.

 

Dalam pada itu, konsert Gegar Vaganza pada minggu lalu telah menyaksikan Sham Visa, Feeza dan Nurfatima tersenarai di kedudukan tiga terendah. Ramai menjangkakan Nurfatima akan tersingkir pada minggu tersebut selepas beliau diumumkan berada di kedudukan paling corot. Namun begitu, Nurfatima mampu menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu kelima.

 

 Foto Nurfatima tarif nafas lega selepas segmen Ada Lagu Ada Lagi masih mempunyai peluang kepada beliau untuk terus beraksi minggu ke 6 GV

 

Di konsert minggu keenam pada Ahad ini yang bertemakan ‘Melets’ atau ‘Meletop’, bintang GV6 akan menyanyikan lagu-lagu pernah mengungguli carta dalam dan luar negara serta lagu yang mengimbau kenangan dulu.

 

 Foto semua bintang Gegar Vaganza terus beraksi ke Minggu Ke 6 Gegar Vaganza

 

 

Adakah Naqiu Boboy akan terus konsisten di kedudukan pertama pada minggu hadapan menerusi lagu popular Allahyarham Saleem yang bertajuk ‘Juwita’ ? Bagaimana pula dengan persembahan Jatt Ali yang akan menyampaikan lagu berjudul ‘Still Loving You’ nyanyian asal Scorpions? Dan mampukah Nurfatima memperbaiki persembahan nyanyian beliau pada minggu hadapan menerusi lagu yang bertajuk ‘Enggan’ nyanyian asal Fauziah Latiff? Siapakah yang akan tersingkir  pada minggu keenam ini? Nantikan bersama, Ahad ini! MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.