'BELUM REZEKI SAYA LAGI...'KATA NATASHA HAMZAH, LANCAR SINGLE LAGU RAHASIA

November 16, 2019

Ibarat kata pepatah 'Tuah Ayam Nampak Dikaki, Tuah Manusia Siapalah Tahu'. Begitulah situasi yang dilalui oleh Nornatasha Hamzah atau lebih mesra di panggil Natasha, 26, yang sentiasa mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi. 


Beliau yang juga merupakan adik kepada Pelawak terkenal Achey Bocey terus menyertai dalam program komedi Gegar Lawak 2018. Walaupun Natasha sedar dalam dirinya tidak mempunyai sifat-sifat lawak, namun beliau tetap mencuba untuk menapak dalam bidang seni.


Selepas Gegar Lawak, anak seni berasal dari Segamat, Johor itu mencuba nasib dalam program Miss Lawak 2019. Malangnya nasib belum menyebelahi Natasha kerana kehadirannya dalam bidang seni menerusi seni lawak tidak berjaya mengangkat namanya.


Masih tidak mahu mengalah, Natasha mencuba nasib pula dalam bidang lakonan dan ternyata menerusi lakonan, beliau berpeluang merebut peluang tersebut. Sehingga kini Natasha sudah berlakon drama terbitan A.Aida Production, Di Sisimu Aku dan Setiaku Di Sini dan Ustaz Evo the Movie terbitan Orangetree Production.


 

 

“Saya mula dalam bidang seni sejak usia 18 tahun lagi. Saya cuba masuk Akademi Fantasia, Mentor dan macam-macam tapi tak berjaya. Saya sertai Mentor tapi tak terpilih, masuk AF sampai stage ketiga saja. “Kemudian saya beralih kepada dunia lawak pula dengan menyertai program Gegar Lawak 2018. Selepas itu saya sambung program Miss Lawak 2019, tapi tak pergi jauh sebab dua-dua tersingkir awal dan orang tak kenal siapa saya,” cerita Natasha tentang pembabitan awalnya dalam bidang seni.  Beliau yang ditemui oleh pihak media baru-baru ini di Ibu kota.

 

 

Kata Natasha, pembabitannya dalam bidang komedi atas cadangan abangnya, Achey yang nampak usahanya untuk menembusi bidang seni.


 

 

“Abang Achey nampak banyak kali saya cuba sertai program nyanyian tapi gagal, akhirnya dia suruh saya cuba untuk berlawak pula. Saya memang tak terfikir untuk buat lawak sebab saya tak ada sense of humors seperti dia.


“Mula-mula saya menolak sebab saya rasa macam bunuh diri bila masuk lawak tapi dia kata cubalah sebab semua yang saya buat sebelum itu tak berjaya. Dia kata kenapa tak cuba sesuatu yang out of the box.

 


“Saya sahutlah apa yang dia cadangkan itu dan saya sertai Gegar Lawak. Masa saya masuk Gegar Lawak pun dia tak membantu saya 100 peratus. Dia nak tengok usaha saya dan cuma bantu sikit-sikit saja. Dia kata aku tak boleh bantu, kalau aku bantu kau manja dan bila masuk kau mati nanti. Dia jenis yang tegas dalam soal kerja,” cerita Natasha tentang perangai abangnya.


Tambah anak bongsu daripada 10 beradik itu, beliau berpeluang melangkah ke bidang nyanyian selepas bertemu dengan Zamzoy yang mempelawanya untuk menghasilkan single pertama, Rahasia.


Rahasia merupakan lagu ciptaan Intan Shaharuddin dan lirik oleh Juhana Asri dan Zamzoy. Lagu bergenre rock balada itu sesuai dengan jiwa Natasha kerana beliau adalah penggemar lagu-lagu dendangan Shima dan Ara Johari.

 

 Foto Natasha, Beliau mesra didekati oleh pihak media


Rakaman dibuat pada 10 Ogos lalu iaitu waktu birthday saya. Sebagai seorang pendatang baharu lagu ini sukar untuk dinyanyikan terutamanya pada bahagian korus sebab bernada tinggi untuk saya tarik.


“Sebenarnya saya ada masalah dengan low note sebab itu lagu ini bernada tinggi. Untuk bawa lagu bernada tinggi bukan mudah dan susah untuk saya sampaikan dan susah untuk komposer susun ikut range suara saya. Namun itulah cabaran yang perlu saya hadapi untuk bergelar penyanyi,” katanya terus terang.


Jelas Natasha, lagu yang telah dimuat naik dalam YouTube sejak sebulan lalu dan meraih tontonan lebih 2.2K dalam tempoh sebulan itu juga pernah didendangkan secara langsung dalam satu majlis.

 

 


“Rahsia ini istimewa buat saya sebab ia merupakan lagu pertama saya selepas berhempas pulas mencari peluang. Setakat ini Papa Jup Production Sdn. Bhd., hanya memuat naik lirik video dulu.


“Lirik video ini berbeza daripada biasa sebab kita masukkan bahasa isyarat dalam lirik video tersebut. Saya rasa menggunakan bahasa isyarat itu bonus sebab dapat kongsi dengan orang golongan istimewa,” jelasnya.


Tambah Natasha, Rahasia berkisar tentang kisah cinta suami dan isteri atau pasangan yang cuba mempertahankan hubungan mereka.


Bercerita lanjut katanya, bagi memastikan beliau menggunakan bahasa isyarat dengan betul, sebelum rakaman Natasha terlebih dahulu mendapatkan bantuan daripada seorang guru bahasa isyarat.


 “Bahasa isyarat itu saya buat sendiri selepas belajar daripada seorang guru. Saya belajar tak lama sebab keputusan nak masukkan bahasa isyarat itu pada saat akhir. Mula-mula nak buat lirik video biasa saja tapi tukar sebab nak buat kelainan.


“Saya dapat cikgu untuk mengajar pun lambat dan cikgu yang nak mengajar saya tak ada di Kuala Lumpur. Dia membantu saya dengan membuat video. Selepas mempelajari menerusi video, saya buat dan hantar kembali kepadanya untuk dia nilai sebelum penggambaran.


“Malangnya ada sedikit kesilapan tapi dah disunting oleh penyunting video tersebut. Kesalahannya tak besar cuma saya tertukar isyarat untuk bahasa depan dan belakang dalam satu baris lirik tu,” katanya sambil tersenyum.


Apabila menonton muzik video tersebut, ramai yang berpendapat itu adalah muzik video rasmi lagu Rahasia. Sebenarnya kata Natasha, untuk muzik video rasmi, penggambaran akan dilakukan dalam waktu ini.


“Untuk muzik video penuh kita akan buat penggambaran lain yang lengkap dengan jalan cerita. Masih fikir nak ambil siapa untuk bergandingan dengan saya dalam muzik video yang akan menjalani penggambaran dalam waktu terdekat ini,” jelas Natasha lagi.


Beliau yang sibuk mempromosi lagu tersebut di semua stesen radio sudah mampu tersenyum kerana selain mendapat tontonan menggalakkan di YouTube, lagu tersebut juga sudah diterima ramai. MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.