HIJJAZ & TOMOK BERGABUNG #MENCARISUMAYYAH

November 17, 2019

Akhir-akhir ini lagu nasyid yang popular satu ketika dulu telah diangkat semula dan diterima baik oleh semua pendengar. Yang terbaharu Kumpulan Nasyid Popular Hijjaz dan Penyanyi terkenal, Tomok bergandingan dalam mengangkat lagu tentang perjuangan seorang wanita hebat iaitu Sumayyah.

 

 Foto Kumpulan Hijjaz & Tomok (Tengah)

 

Lagu Sumayyah menjadi siulan sekitar pada tahun 2002 telah diterbitkan sebanyak dua versi sebelum ini, kini versi ketiga lagu Summayyah mendapat suntingan dan garapan terbaru dengan menyuntik sedikit elemen pop dan rock tanpa menjejaskan sentuhan asal atau jiwa lagu Sumayyah tersebut.

 

'' ......Kami memilih Tomok adalah kerana berpendapat suara beliau sesuai dengan lagu Sumayyah dan juga mendapat bekerjasama sangat baik dengan beliau...'' Ujar Tuan Haji Munif bin Ahmad, Lead Vokal Kumpulan Hijjaz.

 

Beliau juga tidak menafikan bahawa inspirasi gandingan Penyanyi Nasyid dengan Penyanyi lain sedikit sebanyak memberi impak ke atas sesebuah lagu setelah sesebuah lagu tersebut dberikan nafas baru.

 

 

''....Saya berasa sangat teruja dan rasa dihargai kerana pihak Hijjaz dan juga pihak SISFEL The Brand of Success mengambil saya untuk berkoloborasi terutamanya bergandingan dalam menyanyikan Lagu sumayyah......saya juga sedar bahawa lagu sumayyah sangat kuat dan saya amat berterima kasih kepada semua atas kepercayaan yang diberikan....'' Ujar Tomok.

 

Kumpulan Hijjaz dan Tomok ditemui media ketika pelancaran acara akhir program pencarian ikon muslimah Sisfel Mencari Sumayyah.

 

''.....Kami mengadakan program pencarian ikon  muslimah SISFEL Mencari Sumayyah ini bertujuan sebanyak satu tanggungjawab Sosial iaitu CSR syarikat bagi mencari ikon mujahidah islam wanita yang berpendirian teguh...sesuai dengan karektar Sumayyah yang berprinsip ini kami ingin mencari wanita bercirikan yang berani, yakin dan bijak..'' Ujar Tuan Rafie bin Ramli, Pengarah Syarikat Raffelinna Sdn Bhd, Penganjur program Mencari Sumayyah.

 

 

Program Sisfel Mencari Sumayyah telah bermula pada bulan Julai lalu dan telah mendapatkan 300 penyertaan pada sesi uji bakat.

 

Program ini juga bagi memperkenalkan Felinna Body Mist produk  keluaran terbaru syarikat sejak enam bulan lalu. Kini telah mempunyai 5000 ejen diseluruh negara.

 

Tambah Tuan Rafie, bersempena program mencari Sumayyah ini syarikat berkerjasama dengan Kumpulan nasyid Hijaz dan Tomok sekaligus menjayakan projek Lagu Sumayyah nafas baru. Kos keseluruhan projek klip video dan promosi menelan belanja sebanyak RM200,000. Semasa majlis peringkat akhir Sisfel Mencari Sumayyah, Hijjaz dan Tomok telah membuat persembahan lagu Sumayyah Vers. 3. Saksikan.

 

 

 

Teaser muzik video juga telah dimuat naik dalam Youtube mulai 14 November 2019 lalu. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.