IR RADZI TAK KISAH DIGELAR RAJA 'OST'


Tahun 2015 membawa banyak kenangan kepada iR Radzi yang berasal dari Kuching, Sarawak. Dua tahun lalu, beliau memperkenalkan lagu 'Sempurna Waktu'lagu OST drama Teman Lelaki Upahan,TV3 kepada peminat-peminatnya. Lagu yang dicipta sepenuhnya telah mendapat perhatian peminat muzik dan membuka jalan yang lebih luas untuk Ir Radzi untuk pergi lebih jauh dalam industri. Beliau juga bekerjasama dengan komposer terkenal dari Malaysia dan Indonesia untuk menghasilkan lagu.

Keupayaan iR Radzi sebagai penyanyi dan penulis lagu telah diiktiraf apabila dia menjadi salah seorang finalis dalam kategori 'Artis Terbaik' di Anugerah Planet Muzik pada tahun 2015 Di samping itu, beliau juga dicalonkan untuk 'Artis Lelaki Baharu Popular' dan 'Penyanyi Lelaki Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2016.

Tahun lalu, beliau memperkenalkan single terbarunya bertajuk 'Stay'. Lagu ini membuktikan beliau adalah penyanyi serba boleh kerana mampu menyanyi dalam pelbagai genre muzik. Lagu ini disusun oleh iR Radzi & Bemby. 'Stay' telah menjadi semakin popular kerana ia dipilih dan diselitkan di dalam drama Melayu terkenal seperti 'Cinta Roller Coaster', 'Biar Aku Jadi Penunggu',dan 'Cikgu Dina Pakai Prada'.

Melalui kerjasama itu, beliau dapat berhubung dengan para peminat dari pelbagai negara. Selepas kejayaan 'Stay' yang mendapat sambutan positif. Beliau memutuskan untuk bekerjasama bersama rakan baiknya, CK Faizal, untuk single baru iaitu 'Bujang Duda'.'Cinta Terakhir' muncul sebagai karya menyerlahkan lagi bakatnya kerana lagu ini amat mendalam maknanya mengenai kehilangan bapanya.

Tahun ini, iR Radzi muncul dengan satu single terbaru 'Hanya Milikmu' hasil kreativiti beliau sendiri. Lagu ini telah juga telah diselitkan sebagai lagu di dalam Drama Melayu yang terbaru 'Empat Penjuru' yang ditayangkan di Astro Citra HD dan juga drama 'Setelah Ku DimIliki' yang kini disiarkan di TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Beliau juga turut berkolaborasi dengan bakat tempatan untuk menghasilkan 2 lagu terbaru, 'Go Ahead Sama-Sama' yang digunakan sebagai lagu tema untuk Sarawak Anthem 2019 & 'Salam Gawai Raya' sempena perayaan Hari Raya dan Hari Gawai, di Sarawak.


Selain itu lagu 'Cinta Terakhir' juga antara lagu yang dimasukkan ke dalam drama Melayu, 'Ku Kirim Cinta', sebagai OST. Harapan Ir Radzi agar seluruh peminatnya akan terus menyokong album pertamanya berjudul SEMPURNA dan kerjayanya dalam industri muzik. SEMPURNA kini sudah berada di Apple Music, ITunes, Joox, Spotify, Deezer, KKBox dan juga Youtube Music.

Lagu: Hanya Milikmu

Penyanyi: iR Radzi

Komposer: iR Radzi

Lirik: iR Radzi

Setiap nafas ku ada kamu Doaku selalu untuk dirimu Dan bagaimana harus ku nyatakan jiwa ini Hanyalah kau yang kucintai

Perjalananku bersama dirimu Mata hatiku hanya untuk kamu Tak pernah ku rasa jauh dari dirimu Ternyatalah kau yang kusayangi

Chorus

Hanya kaulah yang aku sayangi Hanya milikmu cinta hatiku Hanya kaulah yang aku sayangi Cinta hatiku selamanya

Verse

Perjalananku bersama dirimu Kekuatanku hanya untuk kamu Tak pernah ku rasa jauh dari dirimu Hanyalah kau yang ku sayangi

Chorus

Hanya kaulah yang aku sayangi Hanya milikmu cinta hatiku Hanya kaulah yang aku sayangi Cinta hatiku selamanya

Bridge

Hanya kaulah yang memiliki Cintaku selamanya

Hanya kaulah yang ku sayangi Selamanya oh cintaku..

End Verse

Ku tak bisa hidup tanpa dirimu Setiap degupan jantungku ini Kau temani hidup selamanya kasihku Hanyalah kau yang ku sayangi

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.