LIZA NATALIA DAN FINALIS DEWI REMAJA ASTRO 2019 MERIAHKAN GOIFEX MALAYSIA 2019

November 22, 2019

Liza Natalia dan finalis Pencarian Dewi Remaja Astro 2019 telah memeriahkan GOIFEX Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam. Bermula di Jakarta, GOIFEX buat julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur merupakan sebuah acara yang menggabungkan aktiviti sukan, kecergasan dan gaya hidup dalam satu tempat.

 

 Foto Liza Natalia sedang berzumba Joged Dangdut

 

Kehadiran Liza Natalia ternyata memberi satu energi luar biasa kepada pengunjung yang hadir di GOIFEX Malaysia. Liza yang merupakan seorang pelakon, penyanyi, model dan juga instruktur Zumba telah mengetuai sesi Senam Joged Dangdut selama satu jam. Diiringi bersama 5 ahli kumpulan, sesi tersebut ternyata menjadi riuh dengan seleksi lagu yang cukup membuatkan pengunjung teruja untuk sama-sama beraksi mengikut gerakan Duta Zumba Indonesia ini.

 

 

Selain Liza Natalia, 12 finalis Pencarian Dewi Remaja Astro 2019 turut hadir memeriahkan GOIFEX. Finalis-finalis tersebut dibawa berkunjung ke booth yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti saringan kesihatan, peralatan sukan, minuman kesihatan dan pelbagai lagi sebelum turut sama menyertai sesi Senam Joged Dangdut.

 

 

 

Penganjuran 3 hari GOIFEX 2019 di Kuala Lumpur dari 8 hingga 10 November 2019 ini ternyata menarik minat ramai pengunjung khususnya mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Berdasarkan sambutan yang diterima, GOIFEX Malaysia dilihat bakal menjadi satu acara tahunan di masa akan datang.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari www.goifex.com atau www.goifex-malaysia.comMYBUZZ!

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.