SCHA DAN AWAL SUDAH JUMPA RUMAH IMPIAN KE?

November 23, 2019

 

Baru-baru ini telah berlangsungnya sidang media drama pendek Misi Rumah Impian di Eco World Gallery, Eco Majestic, Semenyih. Turut menghadiri sidang media tersebut adalah Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios, Datuk Chang Khim Wah, Ketua Pegawai Eksekutif, EcoWorld Development Group Berhad, serta pelakon drama Misi Rumah Impian, Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

 

Foto dari kiri Awal dan Scha Alyahya

 

Misi Rumah Impian merupakan sebuah drama pendek yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri muda yang dilakonkan oleh Scha Alyahya dan Awal Ashaari sedang mencari rumah impian dengan pemaju perumahan, EcoWorld. Antara lokasi perumahan yang disiarkan adalah Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor, Eco Tropics di Pasir Gudang, Johor, dan Eco Majestic di Semenyih, Selangor.

 

Dalam drama Misi Rumah Impian, yang diterbitkan oleh Primeworks Studio dibawah arahan saudara Izuan Mokhtar ini, Scha dan Awal melakonkan watak sebagai sepasang suami isteri muda yang berkongsi beberapa kriteria dalam misi mencari rumah idaman mereka. Antaranya adalah ciri keselamatan. Mereka lebih selesa apabila taman perumahan idaman mereka berpagar dan mempunyai kawalan ketat daripada polis bantuan. Suasana sebegini membuatkan mereka lebih terasa selamat, tenteram terutamanya keselamatan anak-anak penduduk perumahan.

 

Pasangan bahagia itu sememangnya mengagumi perumahan yang mengambil berat tentang ciri kecantikan persekitaran. Rumah impian mereka hendaklah berada di kawasan perumahan yang mempunyai unsur-unsur kesenian dan persekitaran tenang yang menghijau. Keinginan ini adalah sebagai terapi kepada penduduk setelah lelah bekerja untuk berehat di rumah yang dikelilingi dengan unsur alam yang indah dan menenangkan.

 

Ciri rumah impian yang penting bagi Scha dan Awal adalah perancangan dan seni bina yang baik. Rumah impian yang mempunyai seni bina yang tidak dimamah usia merupakan ciri rumah impian mereka. Ini bermakna, rekaan rumah impian mereka hendaklah kekal relevan untuk setiap pengunjung rumah mereka iaitu selesa dan menarik bagi setiap lapisan generasi masyarakat.

 

Ciri seterusnya adalah rumah impian mereka hendaklah mempunyai komuniti serta kemudahan bersosial yang baik. Dalam merealisasikan suasana rumah impian mereka, kehidupan yang harmoni antara jiran amat penting bagi Scha dan Awal. Ini bermakna Scha dan Awal juga mencari perumahan yang mempunyai lokasi-lokasi kejiranan untuk bertemu mesra dengan jiran-jiran mereka.

 

Pasangan bahagia itu bernasib baik kerana Eco World mempunyai beberapa perumahan yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Oleh itu, Scha dan Awal turut mengundang para penonton TV3 untuk melihat projek-projek perumahan Eco World bersama mereka dalam ‘Misi Rumah Impian’.

 

Jangan lupa saksikan  ‘Misi Rumah Impian’ dan pelajari cara-cara memilih rumah impian bersama Scha Alyahya dan Awal Ashaari di TV3 bermula pada 27 November, setiap hari Rabu dan Khamis sehingga 5 Disember 2019 pada pukul 9.50 malam di TV3. MYBUZZ!

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.