ARTIS BAHARU WANITA POPULAR HANEESYA HANEE SERTAI MISS PINKLADY MUSIM KEDUA, 12 PESERTA BERENTAP

November 25, 2019

Selepas mendapat sambutan Miss Pinklady Asia (MPLA) musim pertama, MPLA tahun ini meneruskan dengan musim kedua.

 

Tambahan pula peserta dari Malaysia, yang merupakan Artis Baharu Wanita Popular, Haneesya Hanee ingin mencuba nasib beliau untuk merangkul gelaran Pink Lady of Asia untuk musim kedua.

 

''Pada awal bukan Haneesya nak masuk sangat, tetapi mungkin ini satu cabaran untuk menebus kembali kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini, supaya haneesya puas hati untuk merangkul kemenangan sebenarnya......'' Ujar model, selebriti dan pelakon popular ini.

 

MPLA kali ini menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia selain dari Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Korea, Philipines, Singapore, Indonesia dan Hong Kong turut sertai. Kesemua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza bakal bersaing untuk mendapatkan gelaran Pink Lady of Asia untuk musim kedua.

 

 

 

Tentang Program Miss Pinklady Asia Musim ke-2


Seperti penganjuran musim pertama pada tahun lalu, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Di lokasi tersebut kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disediakan oleh penganjur di samping bersaing antara satu sama lain dalam cabaran yang ditetapkan. Antara cabaran yang ada seperti ‘catwalk’, sesi fotografi’ dan juga iklan.

 

 

 

Bukan setakat cabaran tetapi setiap peserta juga akan diberikan perkongsian dan pendedahan daripada seseorang yang professional dalam bidang masing-masing untuk membantu dan membimbing mereka di dalam program ini. Di dalam setiap episod akan ada penyingkiran buat mereka yang tidak berjaya mencapai keputusan yang telah ditetapkan .

 

Menurut kata Pengarah program ini dari Icube Studio, Encik Mohamad Hafiz Naslallizi berkata ''.. untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yg mudah. Kerja keras amatlah perlu kerana program ini setanding peringkat antarabangsa. Tambahan lagi ianya melibatkan tenaga kerja dan perserta-peserta dari negara luar selain Malaysia sendiri yg memerlukan kerjasama sepenuhnya...''

 

 

 

Sementara itu, Encik Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, “Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yg meminati bidang peragaan. Ianya bukan sahaja program hiburan semata mata sebaliknya ianya turut berkongsi tentang dunia "modelling lifestyle" yang kebanyakan orang tidak tahu”.


Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh para panel hakim professional dalam dalam bidang peragaan dan bidang fotografi. Untuk musim kedua MPL ASIA akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat di dalam program terkenal 'The Face' dan 'Next Top Model Asia'.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HEIDI EMPIRE TRADING iaitu Encik Heidi Shafiq sendiri. Program MPL ASIA musim ke 2 ini pastinya lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat ASIA dan  GLOBAL. Ini selaras dgn jenama PINKLADY sendiri yg telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Pemenang MPL ASIA Musim ke - 2 bakal membawa pulang wang tunai RM12,000 untuk tempat pertama dan RM8,000 untuk tempat kedua. Sementara itu, pemenang tempat ke-tiga bakal membawa pulang wnag tunai  RM5,000.

 

Majlis telah diadakan baru-baru ini di Ibu Negara dan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Bella Astillah dan Naim Daniel.

 

 

MPL ASIA musim kedua bakal disiarkan untuk 13 episod di saluran penstriman Youtube @pinklady.tv . Orang ramai boleh menonton episod pengenalan MPL ASIA 2 yang akan disiarkan pada 4 Januari 2020 serta dihoskan oleh Ikon peragawati Malaysia, Sunshine!.

 

Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam. Untuk informasi lanjut sila tonton Pink Lady Extra setiap hari Rabu pukul 9.00 malam dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.