MIHAS 2020 TERBESAR BAKAL TARIK 35,000 PENGUNJUNG

November 25, 2019

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2020 dijangka mencatatkan peningkatan nilai transaksi jualan sehingga lima peratus berbanding RM1.6 bilion yang dicapai tahun ini.

 

 

 

Sasaran itu disokong peningkatan jumlah peserta pameran dan produk baharu.

 

Pameran tahunan edisi ke-17 anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu akan berlangsung pada 1 hingga 4 April depan

 

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa, berkata pada edisi yang bakal berlangsung itu, MIHAS 2020 akan membantu menggalakkan amalan kelestarian di kalangan peserta industri berasaskan halal.

 

 

 

Bertemakan ‘Expand Your Halal Horizon’, MIHAS 2020 akan menempatkan lebih 1,200 gerai pameran bukan saja dari syarikat tempatan tetapi juga syarikat luar seperti dari negara ASEAN, Asia Tengah, Asia Barat, Afrika dan Amerika Syarikat.

 

Majlis pra pelancaran itu tadi dirasmikan oleh Datuk Hazimah Zainuddin, Ahli Lembaga Pengarah Matrade.

 

“Kami menyasar kunjungan lebih 35,000 pengunjung daripada 90 negara.

 

“Edisi ke-17 ini dijangka menjadi acara MIHAS terbesar sejak pelancarannya pada 2004.

 

Antara yang memgambil bahagian adalah daripada syarikat dagang, pembeli, jenama terkemuka, pengilang, pengedar dan pembekal,” Ujar Datuk Wan Latiff Wan Musa. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.