EJEN ALI: MISI EJEN RUSH BAKAL GEGAR PUTRAJAYA!

November 27, 2019

 

Perhatian Ejen, jangan ketinggalan untuk menyertai misi terkini EJEN ALI! Primeworks Studios dan WAU Animation berganding bahu untuk menjayakan Ejen Ali: Misi Ejen Rush, acara larian berhalangan sejauh 5 kilometer yang akan diadakan buat julung kalinya dalam usaha mempromosikan filem animasi EJEN ALI THE MOVIE, yang bakal ditayangkan pada 28 November 2019, Khamis ini. 

 

Acara larian yang akan berlangsung di The West Garden, IOI City Mall, Putrajaya ini akan bermula pada jam 6.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi dengan anggaran peserta seramai 3,000 orang yang terdiri daripada selebriti, personaliti media sosial (KOL’s), rakan media dan peminat-peminat Ejen Ali. Larian akan bermula dan berakhir di garisan penamat West Entrance, IOI City Mall Putrajaya, berhampiran dengan lokasi pentas utama di mana pelbagai aktiviti hiburan menarik bakal diadakan. 

 

Antara aktiviti yang akan menghangatkan lagi pentas utama pada hari tersebut ialah persembahan istimewa daripada penyanyi muda yang kian mencipta nama, Ismail Izzani. Selain dari itu, peserta larian juga berpeluang untuk memenangi 100 tiket percuma bagi menonton filem Ejen Ali The Movie dan beberapa barangan istimewa Ejen Ali semasa sesi cabutan bertuah. 

 

Semua ‘Ejen’ yang menyertai Ejen Ali: Misi Ejen Rush ini perlu menempuh empat cabaran litar berhalangan yang diadaptasi daripada teras utama MATA iaitu Kombat, Tekno, Inviso dan Neuro. Peserta larian juga akan dilengkapi dengan ‘Kit Larian Ejen’ yang terdiri daripada kemeja-T, beg drawstring, bib larian, sijil digital, dan medal yang akan diberikan di garisan penamat. 

 

Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios berkata, “Ejen yang hebat memerlukan latihan yang konsisten, saya percaya Misi Ejen Rush merupakan langkah terbaik dalam mempromosikan gaya hidup sihat yang positif disamping dapat memberi galakan kepada peminat-peminat Ejen Ali untuk terus bergiat aktif serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, aktiviti larian ini juga membuka peluang kepada kami untuk mendekati peminat-peminat Ejen Ali. Terima kasih diucapkan kepada WAU Animation dan rakan penaja bersama kami iaitu PediaSure dan Bananana! Acara larian ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada mereka”.

 

Ejen Ali Misi: Ejen Rush diadakan sempena tayangan filem EJEN ALI THE MOVIE, yang bakal menggegarkan pawagam serentak pada 28 November 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei. EJEN ALI THE MOVIE mengisahkan tentang Ali, seorang budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet  istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

 

Untuk info lanjut mengenai  EJEN ALI THE MOVIE, sila layari: 


YouTube: www.youtube.com/ejenali 
Facebook: www.facebook.com/ejenali
Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
Twitter: www.twitter.com/ejen_ali 

MAKLUMAT ACARA EJEN ALI: MISI EJEN RUSH

 

 

 

Tarikh: 1 Disember 2019 (Ahad) 

 

Masa:

 

6:30 Pagi (Pendaftaran)
7:00 Pagi ( Sesi 'Warm Up'  - Zumba) 
7:15 Pagi ('Flag Off') 
8:30 Pagi (Aktiviti Karnival)
9:30 Pagi (Persembahan Istimewa oleh 'Ismail Izzani') 
9:35 Pagi (Cabutan Bertuah)

 

Lokasi:


The West Garden, 
IOI CITY MALL, Putrajaya
(Bersebelahan Laluan Masuk ke Le Meridien)

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.