TEMA KEMILAU KRISMAS WARNAI SAMBUTAN HARI NATAL DI AVENUE K


Seperti pusat membeli-belah yang lain Avenue K turut tidak ketinggalan untuk meraikan Krismas tahun ini. Dengan tema untuk tahun ini ‘A Shimmery Christmastide’, sambutan Krismas di Avenue K bakal berlangsung dari 22 November hingga 27 Disember 2019,


Ditengah-tengah latarbelakang dibina dari gazebo emas dengan dua patung bidadari yang mengalu-alukan pengunjung untuk bergambar di pokok Krismas gergasi yang ada di sini. Kelihatan kristal merah dan emas yang digantung dari siling menyinari langit ‘Atrium Avenue K’. Ada juga pasar Krismas di sekelilingnya seperti kedai menjual gula-gula, hadiah-hadiah buat anak-anak atau mereka yang tersayang mahupun untuk seisi bertukar hadiah bersama rakan sejawat. Ada juga kedai-kedai yang menjual pakaian dan dekorasi Krismas untuk yang masih belum membeli.


Untuk anak-anak pula ada keseronokan yang menanti apabila datang mengunjungi Avenue K semasa ‘A Shimmery Christmastide’ . Bengkel seni Krismas seperti membuat kalung acorn dan juga rumah kayu. Selain itu jika anda mendaftar awal . anda mungkin mebawa pulang hadiah seperti karikatur peribadi ,patung adunan kuih Krismas dan banyak lagi.


Tidak lengkap tanpa sambutan Krismas tanpa aktiviti ‘carolling’ dimana melodi harmoni bakal mengisi kegembiraan dan menghangatkan lagi musim perayaan Krismas. Selain itu ada juga seisi bercerita dan menyanyi bersama lagu-kagu Krisimas. Jangan ketinggalan untuk mengambil seberapa banyak gambar yang anda inginkan untuk memori nanti.


Sempena perayaan Krismas tahun ini, dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM400 dan ke atas (RM350 untuk ahli Kad Kuat AK) dalam maksimum dua resit gabungan pada hari yang sama di mana-mana kedai di Avenue K anda bakal membawa pulang pemegang lilin Maghribi yang cantik. Jadilah 300 pengunjung yang pertama menikmati keistimewaan eksklusif ini untuk memiliki karya seni yang dibuat untuk menambahkan dekorasi yang ada. Sementara itu, untuk mereka yang berbelanja RM100 dalam resit tunggal di mana-mana kedai di Avenue K anda boleh menebus perkhidmatan pembungkus hadiah secara percuma.


Avenue K menjemput anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL untuk sama-sama menyambut perayaan Krismas. Anak-anak yatim ini diberi peluang untuk membeli-belah di Max Fashion untuk kelihatan lebih bergaya pada musim perayaan. Avenue K juga melancarkan ‘Christmas Wishing Tree’ di mana anak-anak diberi peluang untuk menggantungkan impian Krismas mereka di atas pokok.


Setiap impian ini akan dipenuhi oleh pengujung/pembeli yang datang. Pada mereka yang ingin mememuhi impian anak-anak ini bolehlah meletakkan hadiah di Kaunter Maklumat. Hadiah ini akan disampaikan sebelum hari Krismas. dan pusat membeli-belah akan menyampaikan hadiah kepada anak-anak sebelum hari Krismas.


Jangan lupa untuk membawa keluarga ke Avenue K untuk masa yang menyeronokkan sempena perayaan Krismas dimana pelbgai keistimewaan membeli-belah eksklusif, hiburan, dan paparan yang mempesonakan untuk diingati!


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.