LAZADA WALLET GOES OFFLINE! TAWARAN HEBAT SEMPENA JUALAN AKHIR TAHUN 12.12

December 5, 2019

 

  • Buat kali pertama, Lazada Wallet boleh digunakan di kedai-kedai luar talian terpilih rakan jenama Lazada, mempamerkan kebolehan Lazada Wallet.

  • Konsep New Retail membawakan pengalaman menarik untuk pelanggan serta penjual, meningkatkan pengunjung melalui format dan saluran baharu.

  • Kempen 12.12 akan menggabungkan perniagaan di kedai luar dan dalam talian serta menunjukkan potensi eDagang untuk membantu perkembangan perniagaan secara luar talian.

 

Platform eDagang terkemuka Lazada Malaysia membawakan gabungan pengalaman beli-belah di luar dan dalam talian pada hujung tahun ini apabila Lazada Wallet kini boleh digunakan di kedai-kedai luar talian terpilih semasa Lazada 12.12 Grand Year End Sale. Dari 12 ke 13 Disember 2019, pelanggan Lazada boleh menggunakan Lazada Wallet untuk membeli baucar tunai dengan harga 50% lebih rendah untuk digunakan semasa pembelian di kedai luar talian jenama-jenama terpilih di LazMall dari 14 ke 15 Disember 2019.


Gunakan Lazada Wallet untuk membayar baki jumlah pembelian di kedai-kedai luar talian tersebut disekitar Lembah Klang untuk menikmati diskaun tambahan sebanyak 12%*.


“Di Lazada, kami komited untuk membawakan yang terbaik untuk pelanggan kami dengan memberikan pengalaman terkini melalui konsep New Retail, disamping memberikan nilai yang lebih kepada para penjual dan rakan-rakan jenama kami sebagai platform eDagang yang dipercayai. Dengan peluasan capaian Lazada Wallet, kami dapat mempamerkan kebolehan teknologi pembayaran kami disamping mengetengahkan konsep gabungan perniagaan di luar dan dalam talian berpotensi untuk membantu perkembangan sesebuah perniagaan dengan mengalakkan pengguna eDagang hadir ke kedai luar talian,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.


Inisiatif dalam talian ke luar talian Lazada Wallet untuk jualan 12.12 ini menunjukkan inovasi konsep baru peruncitan Lazada, dan memberi gambaran cara jual beli di masa hadapan. Konsep baru ini bakal membawa pengalaman yang mengujakan untuk pembeli dan penjual dan sekaligus meningkatkan jumlah pengunjung dengan format dan saluran yang baharu. Integrasi Lazada Wallet di kedai luar dan dalam talian menunjukkan potensi dimana eDagang boleh merancakkan perniagaan, dan juga membantu meningkatkan populariti para penjual melalui pengabungan pangkalan data and kunjungan pelanggan di dalam dan luar talian.

 

Guna Lazada di Wallet di kedai-kedai luar talian terpilih dan nikmati tawaran TERBAIK tahun ini!


Pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran diskaun sehingga 90% dari 12 rakan jenama Lazada yang mengambil bahagian di beberapa lokasi, antaranya di Sunway Pyramid, Pavilion, Low Yat, Sunway Velocity, Lot 10 dan banyak lagi. Cara-caranya:

 

  • Gunakan Lazada Wallet untuk membeli baucar tunai dari jenama-jenama terpilih dengan harga diskaun sekurang-kurangnya 50% di aplikasi Lazada dari 12 ke 13 Disember 2019. Satu emel akan dihantar bersama notifikasi di telefon pintar anda untuk pengesahan.

  • Kunjungi kedai luar talian yang mengambil bahagian pada 14 dan 15 Disember 2019 untuk membeli produk-produk eksklusif 12.12.

  • Apabila anda bersedia membuat pembayaran, pergi ke kaunter dan juruwang akan menyediakan kod QR untuk diimbas melalui aplikasi Lazada anda. Skrin pembayaran akan tertera, lalu masukkan jumlah yang perlu dibayar. Baucar tunai anda akan digunakan secara automatik dan jumlah akhir akan tertera.

  • Klik pada “Pay Now” dan pilih Lazada Wallet untuk melengkapkan pembelian*. Pelanggan juga akan menerima diskaun tambahan sebanyak 12%*.

  • Lihat tawaran dan lokasi yang mengambil bahagian di sini.
     

 

Lebih Untuk Diterokai Dengan Fungsi Aplikasi Lazada Yang Diperbaharui Pada 12.12 Ini

  • Carian Imej

Fungsi carian imej menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membolehkan pelanggan mengambil gambar barang yang mereka inginkan dan akan menerima pengesyoran pintar di aplikasi Lazada. Hanya klik pada ikon kamera di bahagian atas kiri skrin dan ambil gambar barangan atau buka galeri simpanan gambar anda. Semudah itu! Kini anda boleh cari barangan yang anda inginkan dan terus membuat pembelian!

 

  • Kumpul Baucar Dengan Carian Kata Laluan

Dengar Hitz, ERA dan MYfm dari 12 ke 14 Disember 2019 dan dapatkan kata laluan untuk peluang mengumpul baucar! Masukkan kata laluan tersebut di bahagian carian di aplikasi Lazada, kumpul dan tebus pada 12 hingga 14 Disember 2019.

 

  • LazLive

Saksikan ‘Lazlive’, penstriman secara langsung yang dimana 200 penjual akan mempamerkan produk-produk mereka di aplikasi Lazada. Cari ‘LazLive’ atau akses melalui ‘Feed’ di aplikasi kami untuk menonton penstriman ini dan anda boleh mengumpul baucar eksklusif, peluang menang rebat tunai, disamping boleh berinteraksi melalui komen dan emoji. Produk-produk dan tawaran eksklusif hanya semasa ‘Lazlive’ boleh ditambah ke troli dari 1 Disember hingga 14 Disember 2019. Pembelian barangan yang telah ada ditroli pula boleh dilengkapkan pada 12 hingga 14 Disember 2019. 

 

 

 

Tawaran Dari Rakan Jenama

 

  • Membeli sambil menderma dengan Hasbro

Sempena musim memberi hujung tahun ini, Hasbro ingin mengajak anda untuk membeli sambil menderma. Tunaikan hajat kanak-kanak yang kurang bernasib baik apabila anda membeli sebarang produk Hasbro di LazMall. Belanja minimum RM100 untuk setiap transaksi dan Hasbro akan derma 1 unit mainan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

 

  • Menangi peluang ke 62nd GRAMMY Awards® secara langsung di Los Angeles dengan Mastercard*!

Rakam video anda menyanyi sebarang lagu yang tercalon di Anugerah ini, sama ada live atau ‘lip sync’ berdurasi 15 saat dan nyatakan "Shop on Lazada this 12.12 with Mastercard for priceless experience”. Muat naik video ini ke Instagram anda dan hashtag #LazadaxMastercard. Pastikan anda membeli barangan pada Lazada 12.12 Grand Year End Sale dari 12 ke 14 Disember dengan Mastercard anda untuk layak menyertai! Pemenang akan diumumkan pada 16 Disember 2019.

*Tertakluk pada Terma & Syarat.
 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.