FG WALET TEMBUS SINGAPURA, BUKA CAWANGAN SULUNG DI JOHOR

December 7, 2019

Atas permintaan yang tinggi terhadap produk minuman berkhasiat FG Walet, kini pejabat FG Walet telah membuka pejabat FG Walet cawangan Johor bagi memudahkan orang ramai termasuk warga Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut atau stok minuman tersebut.

 

 Foto dari kiri : Abdul Rejab Abdul Aziz, Datin Fouziah Gous dan Dato' Md. Zhafran Md Yusof



Terletak di lokasi strategik, No. 8 Jalan Molek 1/5B, Taman molek Johor, pejabat FG Walet cawangan Johor ini beroperasi bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Sempena hari pembukaan secara rasmi FG Walet Johor hari ini, turut diadakan jualan murah FG Walet pada harga terlalu istimewa.

Bagi pengasas FG Walet, Datin Hajah Fouziah Gous, beliau berasa sangat gembira dengan pembukaan FG Walet Johor.

 

 
"Terlebih dahulu, saya ucapkan syukur alhamdulilah dengan pembukaan FG Walet Johor. Tahniah kepada team FG Walet Johor terutama Encik Rejab yang telah berjaya membuktikan bahawa FG Walet antara produk terlaris di negeri ini.

"Ini juga membuktikan bahawa FG Walet berkembang dengan cukup cepat. Jujur saya akui yang saya sendiri turut terkejut dengan pencapaian yang begitu memberangsangkan terhadap FG Walet yang baru berusia lima tahun ini.

"Impian saya seterusnya adalah untuk melihat agar FG Walet dapat membuka banyak lagi cawangan di negeri lain pula. InsyaALLAH," katanya.

Sementara itu, menurut rakan kongsi FG Walet Zon Selatan, Abdul Rejab Abdul Aziz, beliau berharap agar dapat membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dan Singapura pada masa akan datang.

 

 Foto dari kiri :  Dato' Md. Zhafran Md Yusof  Datin Fouziah Gous dan Abdul Rejab Abdul Aziz memegang trofi dan sijil penghargaan Best Nutritional Bird's Nest Drink dari Asia Halal Brand Award 2019.



“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengasas FG Walet Datin Fouziah Gous, Dato' Zhafran dan seluruh team FG Walet kerana sentiasa menyokong dan memberi sokongan yang tidak terhingga," katanya. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.