PLATFORM E-DAGANG FINGO TARIK LEBIH 650,000 PEMBELI DALAM TALIAN

December 10, 2019

 

Salah satu negara yang paling dinamik dalam talian di Asia Tenggara ialah Malaysia. Tidak hairanlah Malaysia merupakan pasaran yang sangat menarik untuk aktiviti e-dagang. Negara berpendapatan sederhana dengan populasi digital lebih daripada 20 juta orang, Malaysia menarik minat selaras dari syarikat tempatan dan global yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pasaran e-dagangnya.

 

Tidak ketinggalan Fingo Sdn. Bhd., operator pasaran e-dagang sosial yang telah berjaya mencipta kejayaan luar biasa apabila mencatat keahlian seramai 650,000 pengguna hanya selepas empat bulan beroperasi di pasaran.

 

Ketua Wakil Perniagaannya, Yujiao Kong berkata, daripada jumlah itu seramai 97,500 pengguna adalah 'Preferred Shopper' (pembeli pilihan) iaitu pengguna yang dikategorikan sebagai aktif. Beliau berkata, sehingga kini Fingo telah merekodkan transaksi jualan sebanyak RM200,000 sehari.

 

“Fingo kini menjadi dunia membeli belah atas talian yang popular kerana lebih mudah dan jimat kerana semuanya di hujung jari pengguna. Ketika ini, sebanyak 12,000 produk baru ditawarkan dalam usaha memenuhi keperluan ahli membeli-belah. Pada masa sama, syarikat menyasarkan sebanyak 30,000 produk akan dipasarkan di Fingo pada 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Mengulas lanjut mengenai perancangan syarikat, Kong memberitahu, Fingo menyasarkan transaksi jualan sebanyak RM3 bilion pada tahun 2020 meliputi pasaran di negara ini, Singapura, Thailand dan Indonesia.

 

Beliau berkata, sasaran itu akan dipacu oleh penawaran lebih banyak produk tempatan berbanding daripada luar negara. Ketika ini katanya, produk yang ditawarkan Fingo adalah 80 peratus kebanyakan daripada China dan bakinya adalah jenama tempatan.

 

“Kami meletakkan sasaran untuk menawarkan lebih banyak produk tempatan dengan nisbah 50:50 pada tahun depan. Ini bagi membolehkan proses penghantaran barangan lebih cepat kepada pengguna,” katanya.

 

Kong menambah, syarikat mensasarkan untuk terus meneroka pasaran e-dagang secara agresif yang semakin berkembang di negara ini selain meraih peluang perniagaan besar di rantau ASEAN.

 

Apatah lagi katanya, platform Fingo yang menghubungkan rangkaian sosial utama iaitu Whatsapp, Facebook dan Instragram turut menjadikan kami berbeza dengan pesaingnya di pasaran, sekali gus meluaskan capaian perniagaan dan pengguna.

 

“Kami juga kini memiliki gudang di Sabah dan Sarawak dalam usaha memberi perkhidmatan pantas kepada pengguna di sana. Pada masa sama, Fingo akan memasuki pasaran Indonesia pada Mac tahun depan dalam usaha memperluaskan pasaran di negara Asia Tenggara,” katanya.

 

Sementara itu, Fingo yang merupakan platform e-Dagang terbaharu di pasaran negara ini sudah selesa meletakkan jenamanya sebagai pesaing terdekat kepada Lazada dan Shopee. Keunikan yang ditawarkan oleh Fingo kepada penggunanya ialah mereka membolehkan pengguna untuk mendapat faedah daripada sistem pulangan tunai apabila berbelanja di platform itu.

 

Fingo menawarkan keahlian percuma kepada pengguna yang mendaftarkan diri serta memberikan baucar tunai percuma bernilai RM5. Selain itu, setiap ahli Fingo akan menikmati diskaun hebat yang ditawarkan dari masa ke semasa. Akses pembayaran di Fingo melibatkan tiga kaedah iaitu kad kredit, perbankan dalam talian serta melalui kedai serbaneka 7-Eleven.

 

Selain itu pengguna Fingo boleh menjana pendapatan sampingan dengan menaik taraf menjadi 'Preferred Shopper' (pembeli pilihan) dengan membeli salah satu produk yang tersenarai dengan jumlah belian minimum RM199.

 

Selepas itu, pengguna Fingo akan mendapat laluan untuk tujuan promosi dan layak menjemput siapa sahaja menyertai Fingo di bawah mereka dan membina rangkaian perniagaan mereka sendiri. Sementara itu, majlis pelancaran Fingo disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Dr Ong Kian Ming pada akhir Julai lalu.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.