‘Mereka berdua sama bagus..layak Menjadi Juara...’ Kata Datuk Ramli MS, Naqiu Boboy & Hady Mirza bergelar Juara Gegar Vaganza 2019

December 23, 2019

''Mereka berdua sama bagus dan layak menjadi Juara....'' Kata Datuk Ramli MS, selaku Ketua Juri Gegar Vaganza musim ke 6.

 

Tambah beliau lagi, berikutan markah mereka bedua yang sama  iaitu 87% dan keputusan yang dibuat telahpun berbincang bersama juri lain dan pihak Astro juga bersetuju.

 

 Foto dari Kiri Hady Mirza dan Naqiu Boboy masing-masing memegang trofi emas Gegar Vaganza 2019.

 

Selepas mengharungi saban minggu akhirnya 6 orang bintang GV6 berjuang demi merebut gelaran Juara GV6. Setelah pelbagai kejutan sepanjang GV6, akhirnya Malam tadi GV6 telah melabuhkan tirainya setelah mengumumkan dua (2) orang juara iaitu Naqiu Boboy & Hady Mirza sebagai Juara Musim ke 6 ini sekaligus masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sumbangan Astro sebanyak RM100,000.

 

Dengan pengumuman ini tiada tempat naib juara diumumkan. Ini juga merupakan kali pertama rancangan realiti Astro mempunyai dua orang Juara dalam sesuatu program yang pernah diadakan.

Kedua-dua Juara sekaligus membawa pulang pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah.

Tempat ketiga pula dimiliki oleh Jatt Ali (markah 76%) dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 dan pakej percutian ke Shanghai & Disneyland.

Seterusnya tempat keempat jatuh kepada Nurfatima (markah 68%) dengan menerima wang tunai RM20,000 dan pakej percutian ke China.

Tempat kelima pula milik One Nation Emcees (markah 67%) dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan pakej percutian Ho Chi Minh.

Akhir sekali, tempat keenam milik Sham Visa (markah 65%) yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan pakej percutian ke Jakarta.

Juara hingga tempat ketiga bintang GV6 akhir menerima pakej penginapan di Hotel Tenera Bangi  dan Pakej ubah suai sumbangan IMHOMESTYLIST.

Semua bintang GV6 masing-masing menerima pakej percutian tersebut sumbangan selamatbercuti.com.

Bertemakan Solo & Battle, bintang-bintang GV6 telah diberikan tugasan lagu Solo seperti berikut.

1. Ku Bersuara - Hady Mirza
2. Srikandi Cintaku -Naqiu Boboy
3. Melompat Lebih Tinggu- One Nation Emcees
4. Insan-Nurfatima
5. Without You - Insan
6. Haruskah Diuji - Sham Visa

Seterusnya untuk segmen Battle pula seperti berikut.

1. Haa Tepok - Hady Mirza & Naqiu Boboy
2. In The End - One Nation Emcees & Nurfatima
3. Angguk-Angguk Geleng Geleng - Jatt Ali & Sham Visa

Terdahulu pada konsert minggu separuh akhir GV6 menyaksikan Wann & Noorshila Amin tersingkir kerana mendapat markah yang terendah. 


Konsert akhir GV6 diadili pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional terdiri daripada juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta Datuk Rizalman selaku juri jemputan. GV6 dihoskan oleh gandingan Pengacara lawak popular Nabil Ahmad & Jihan Muse.

 

Mari ikuti sidang media sejurus selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza 2019.

 


Gegar Vaganza musim ini disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123, bertempat di Dewan MBSA, Shah Alam dan ditaja oleh Farm Fresh selaku penaja utama dan bersama penaja lain iaitu Cuckoo, Adabi dan Uphamol serta telco rasmi Digi Manakala rakan digital iaitu Gempak & Astro Go, Radio Digital dan Radio Rasmi oleh Raku dan SINAR. MYBUZZ! 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.