AGENSI PELANCONGAN CHINA- MALAYSIA BEKERJASAMA PROMOSI PELANCONGAN MUSLIM GANSU


Satu majlis bagi mempromosi destinasi tarikan pelancongan terbaharu yang terletak di Wilayah Gansu, China telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis itu juga merupakan initiatif bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama diantara agensi pelancongan di Malaysia dan China.


Bertemakan “Silk Road in Symphony, Gansu in Harmony", Jabatan Pelancongan Dan Kebudayaan Gansu, China memperkenalkan keunikan Gansu dari pelbagai sudut kepada wakil agensi pelancongan tempatan yang hadir.


Gansu merupakan salah sebuah negeri di Negara China yang kaya dengan kebudayaan dan sejarah. Selain itu Gansu kini bergerak maju seiring pembangunan teknologi, ekonomi, kebudayaan serta menjadi jalan penghubung Koridor Perdagangan, Ketenteraan dan mempunyai sejarah perubahan ketemadunan yang hebat.


Geografi


Wilayah Gansu yang terletak di utara China merupakan gabungan di antara tanah tinggi Tibet dan Monggolia yang berkeluasan 454,000 km persegi dengan populasi penduduknya yang melebihi 26 juta orang. Gansu beriklim 4 musim sesuai dilawati pada bila-bila masa. Selain mempunyai pelbagai kawasan yang menarik untuk dikunjungi sama ada di utara,selatan,timur dan barat Gansu, Gansu juga kaya dengan keindahan kebudayaan untuk ditonjolkan.

Gansu menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik dan indah untuk dilawati oleh para pelancong diantaranya “Yellow River” dimana merupakan laluan sungai Yangtze, yang terletak didaerah Baiyin,Gansu.Gansu juga merupakan lokasi pertama tapak bermulanya binaan laluan Tembok Besar China.


Pelancongan Muslim


Gansu juga merupakan wilayah mesra muslim dimana terdapat sebuah lokasi yang dikenali sebagai Linxia City, juga turut sinonim dengan panggilan "Mekah Kecil".

Di Linxia City terdapat sebuah masjid yang indah serta ramai masyarakat muslim disana. Pelancong muslim yang berkunjung ke Gansu tidak perlu risau mengenai status halal dari semua sudut kerana Jabatan Pelancongan Dan Kebudayaan Gansu semakin aktif mempromosikan Gangsu sebagai lokasi pelancongan mesra Muslim. Pemantauan juga kerap dilakukan ke atas premis-premis yang menyediakan makanan bagi memastikan setiap premis mengikuti setiap garis panduan yang telah ditetapkan serta turut memantau tahap kebersihan dan tarif halal dipremis yang menyediakan menu halal.


Bagi permulaan kerjasama diantara kedua negara, Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Gansu telah menawarkan beberapa pakej menarik untuk dipilih oleh pihak agen pelancongan Malaysia untuk ke Gansu, diharap sedikit sebanyak dapat menarik pelancong dari Malaysia di masa kini dan dimasa hadapan.


Sepanjang majlis berlansung pihak penganjur telah memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai Laluan Sutera Gansu, China kepada para jemputan, wakil agensi pelancongan serta pihak media Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perlancongan & Kebudayaan Antarabangsa Hong Kong, Macau, Taiwan Bercawangan di Gansu,China iaitu Puan Sun Sen dan En. Chan Hon Mun merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia&Africa), Perlancongan Malaysia.


Didalam ucapan aluan Puan Sun Sen, beliau mengajak para Syarikat Perlancongan Malaysia untuk bekerjasama memperkenalkan Gansu sebagai destinasi baru pelancongan kepada rakyat Malaysia.


Manakala didalam ucapan wakil dari Malaysia, En Chan Hon Mun, beliau gembira dan berbangga Kuala Lumpur menjadi pilihan Gansu untuk mempromosikan Perlancongan dan Kebudayaan mereka. Beliau juga menggalakkan hubungan pelancongan dua hala dimana selain pihak Jabatan Pelancongan Gansu mempromosi Gansu, agen perlancongan juga digalakkan untuk mempromosikan Malaysia kepada masyarakat di Gansu. Ianya bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia pada Tahun 2020 nanti.


Dengan mempunyai hampir sama dari segi kebudayaan dan sejarah, beliau juga berharap dengan kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi pertukaran pendapat dalam peningkatan kedatangan pelancong kedua buah negara pada masa kini dan akan datang selain dapat membina satu platform yang menguntungkan kedua belah pihak.


Didalam majlis ini juga satu memorandum persefahaman telah ditandatangani diantara Jabatan Pelancongan bagi mempromosikan Gansu, China kepada masyarakat di Malaysia.

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.