BIKINI MARILYN MONROE DIABADIKAN, FAUZIAH ADA SESUATU UNTUK KAUM ADAM

December 29, 2019

Seorang ikonik lagenda popular pelakon Inggeris sekitar tahun 50-an, MarIyn Monroe masih diingati sehingga kini. 

 

Baru-baru ini sesi penyerahan koleksi bikini Marilyn Monroe diabadikan di Galeri Wafa. Pemilik Galeri Wafa iaitu Syed Yusof Wafa diberi kepercayaan untuk mempamerkan koleksi bikini Marilyn Monroe yang diserahkan sendiri oleh Pengarah Urusan EuroAsia Intregrated Sdn Bhd, Fauziah Said.

 

 Foto : Fauziah (kiri) menyerahkan koleksi bikini Marilyn Monroe kepada Syed Yusof Wafa, Pemilik Galeri Wafa

 

''...saya membeli koleksi bikini Marilyn Monroe ketika berada di Switzerland kerana saya memang meminatinya dan ketika itu trend fesyen beliau sangat hangat diperkatakan..'' Ujar Fauziah.

 

Sehubungan itu, Syed Yusof Wafa menzahirkan perasaan terharu dan gembira dengan tambahan koleksi terbaharu beliau kerana dapat menyimpan koleksi bikini Marilyn Monroe yang merupakan lagenda bintang Inggeris terkenal seantero dunia.

 

Fauziah atau lebih mesra sebagai Kak Gee turut menambah beliau memilih untuk mengabadikan koleksi ikonik ini di Galeri Wafa selepas terlihat lukisan Marilyn Monroe yang dilukis oleh Imuda dan terus berhasrat menyerahkan koleksi tersebut.

 

Kak Gee juga menceritakan kepada pihak media kegigihan beliau sebagai seorang anak remaja perempuan yang bertekad untuk berhijrah ke London sekitar tahun 70-an dan telah membuktikan bahawa berjaya mengharungi liku-liku kehidupan sebagai anak rantau.

 

Terbaharu, syarikat beliau telah memasarkan satu produk kesihatan khas untuk para lelaki iaitu produk Prostiresine.

 

Prostiresine juga digunakan khas oleh para lelaki untuk menambahkan tenaga dan ketahanan daya fizikal. Ia juga digunakan untuk merawat masalah lelaki yang berusia 35 tahun dan ke atas.

 

Kak Gee juga menambah, produk ini terbukti dan telah digunakan oleh ke atas suami beliau sendiri. Produk ini juga dijangka akan dipasarkan secara meluas bagi menembusi pasaran Malaysia tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook dan instagram Prostiresine. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.