TIKET AJL34 DIJUAL MULAI HARI INI...


Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan mengadakan penjualan tiket kepada peminat setia anugerah berprestij ini. Tarikh keramat bagi permulaan penjualan tiket adalah pada hari Khamis, 9 Januari 2020 melalui laman sesawang rasmi www.myticket.asia.


Membariskan lapan penyanyi solo dan empat buah persembahan kumpulan, semestinya persaingan para finalis kali ini lebih gempak berbanding tahun lalu. Oleh itu, tiket AJL34 dianggarkan akan terjual lebih laris berbanding tahun lalu.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Memperhalusi sistem tiket dan tempat duduk audien di Axiata Arena, kami akan memperketat sistem pengawal selia setiap kemasukan penonton ke Axiata Arena. Pihak penganjur juga akan menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi memudahkan pemegang tiket membeli tempat duduk yang dikehendaki mereka tanpa berebut dengan audien lain pada malam 9 Februari itu nanti. Oleh itu, para pembeli dan pemegang tiket haruslah berhati-hati ketika membeli tiket dan mematuhi nombor tempat duduk yang dibeli bagi memastikan kelancaran Anugerah Juara Lagu 34 nanti.”


Harga tiket Anugerah Juara Lagu 34 adalah berdasarkan aras tempat duduk yang hendak dibeli, iaitu Arena, Aras 3, dan Aras 4. Para peminat AJL34 boleh memilih sama ada hendak membeli tiket Arena yang berharga RM60, atau Aras 3 dengan harga RM40, atau Aras 4 dengan harga RM30.


Dapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 34 anda secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad. Walau bagaimanapun, para pembeli tiket hendaklah sedia maklum bahawa kanak-kanak dibawah umur 7 tahun tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam Axiata Arena ketika AJL34 berlangsung.


Pastikan anda catitkan tarikh penting AJL34 iaitu 9 Februari 2020 (Ahad), 9.00 malam dalam kalendar anda! Hangatkan lagi perbualan di alam maya anda dalam laman media sosial dengan menggunakan tanda pagar #AJL34. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.