KUMPULAN MANAKAH YANG AKAN MERANGKUL TAKHTA JUARA MLM 2019? NANTIKAN MALAM INI...

January 10, 2020

Gelanggang separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2019 yang berlangsung pada minggu lalu menyaksikan kesemua lima kumpulan; Zero, J-Born, RARE, Bocey dan Puteh, menyampaikan persembahan sengit dan cukup berapi-api!

 

 

 

Dengan mengangkat dua tema menerusi dua persembahan berbeza, ‘Budaya / Loghat’ dan ‘Pilihan Peserta’, Puteh mendahului di kedudukan pertama dengan markah terkumpul sebanyak 65.67%. Ia merupakan kemenangan berganda buat Puteh yang turut diumumkan sebagai pemenang ‘Flamitoz Kumpulan Paling Syok’ seterusnya membawa pulang wang tunai RM1,000 serta produk Adabi bernilai RM500. Anugerah ini diberikan kepada kumpulan yang memperoleh markah tertinggi dari pihak juri.

 

Dalam pada itu, kumpulan J-Born berada di kedudukan kedua dengan markah  terkumpul sebanyak 60.22% dan mereka sekali lagi merekodkan undian tertinggi penonton, seterusnya dianugerahkan hadiah ‘Oppo Punchline Machine’!

 

Terdahulu, pengacara Dato’ AC Mizal menggamatkan suasana apabila mengumumkan Bocey terkandas ni pentas separuh akhir. Pengumuman tersebut tenyata mengejutkan penonton kerana Bocey merupakan salah satu peserta ‘favourite’ terutamanya apabila pernah menjuarai dua musim ‘Maharaja Lawak Mega’ - edisi 2016 dan 2017.

 

 Foto Kumpulan Bocey hampir tersingkir sebelum diumumkan tiada penyingkiran pada malam minggu separuh akhir

 

Bagaimanapun segalanya berubah selepas Dato’ AC kemudiannya memberitahu bahawa tiada penyingkiran untuk minggu separuh akhir itu, seterusnya meredakan keadaan yang dilihat agak tegang seketika tadi. Terbukti, rezeki Abam, Achey dan Fad untuk terus beraksi di minggu akhir bersama rakan-rakan yang lain sudah tertulis dan mereka bertiga berjanji untuk bangkit semula dan mengegarkan kembali pentas keramat ini!

 

 

Barisan juri tetap,  Dato’ Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Inul Daratista, dan Najip Ali bersama kelima-lima finalis berentap bagi merebut gelaran juara MLM2019 seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM500,000 pada 10 Januari 2020 (Jumaat) malam ini, jam 9.00 malam di Royal Theatre, Shah Alam.

 

Bersempena dengan minggu akhir MLM 2019, Astro Warna juga bakal menganjurkan ‘Karnival Lawak Mega 2019’ di pekarangan Royal Theatre Shah Alam bermula pada jam 3.00 petang. Jom semua beramai-ramai. MYBUZZ!

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.