BAHANG ALAN WALKER, TIKET AWAL BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2020 HABIS DIJUAL!

Satu festival yang cukup istimewa dan eksklusif bakal ‘menggegarkan’ peminat muzik tidak lama lagi apabila Borneo Music Festival Live 2020 bakal berlangsung di Sarawak Cultural Village pada 10 dan 11 April ini.



Penganjuran yang dibawa khas oleh BME International ini merupakan hasil kerjasama antara Benta Mewah selaku penaja. Pada masa sama festival ini turut menyaksikan kolaborasi hebat Firmament Event Studio bersama More Entertainment. Apa yang menariknya, festival muzik yang diadakan secara ‘outdoor’ ini bakal menggabungkan artis dan pemuzik hebat dari pelbagai negara dan genre, sekali gus menjadikan acara ini cukup meriah dan penuh lit! Penggemar muzik pastinya tidak sabar menantikan penampilan khas Alan Walker daripada United Kingdom (UK), DJ Soda (Korea Selatan), DJ Alexis Grace (Malaysia), Nicole Chen (Singapura), DJ X Factor (Filipina), DJ Venom C dan Moski Love (Indonesia), LFDY (Live Fast Die Young) dari Taiwan, serta Alex X dari China.



Bakat kelahiran Malaysia seperti Rynn Lim, Thomas Jack dan Priscilla Abby juga bakal membuat kemunculan di festival ini. Tidak dilupakan, pemuzik kebanggaan Sarawak sendiri iaitu At Adau, Tuku Kamek, DJ Chaca Feroza, DJ Myvax dan DJ Ice-Cream. Alan Walker yang cukup popular dengan lagu Faded akan mengadakan persembahan buat julung kalinya dengan penuh gaya di Sarawak! Pada yang tidak tahu menerusi lagu Faded, Alan Walker telah menerima anugerah berlian di Jerman. Selain itu, dia juga telah mendapat pengiktirafan multi-platinum dari 10 negara termasuk Amerika Syarikat dan UK. Sehingga kini lagu Faded telah menerima 2.597 bilion tontonan di YouTube serta 37.8 juta langganan di platform berkenaan. Selain Alan Walker, Deejay (DJ) Korea popular iaitu DJ Soda juga bakal membuat penampilan istimewa. DJ antarabangsa ini bakal mencetuskan fenomena menerusi muzik dance bertenaganya! Untuk makluman, penganjuran festival muzik bertaraf antarabangsa, Borneo Music Festival Live 2020 antara lain bertujuan untuk menghimpunkan kesemua pemuzik berbakat seluruh dunia untuk mewarnai muzik tempatan sedia ada, khususnya di Sarawak. Selain menampilkan persembahan muzik dalam skala besar, penonton juga bakal terpesona dengan ‘dunia borneo’ ditampilkan di Sarawak Cultural Village. Dengan keluasan 17 ekar, ia menempatkan banyak replika rumah kaum etnik Sarawak di dalam satu kawasan rekreasi. Tidak ketinggalan terdapat juga bazar yang menjual pelbagai barangan menarik seperti kraf tangan, baju, makanan istimewa dan lain-lain. Tiket untuk Borneo Music Festival Live 2020 boleh didapati menerusi airasiaredtix.com/tickets/BMFL2020 dan harga tiket adalah seperti di bawah


PASS 2 HARI – General Admission

• Private Sales: RM200 HABIS DIJUAL

• Early Bird: RM320

• Fasa 1: RM360

• Fasa 2: RM400 PASS 2 HARI – Rock Zone

• Early Bird: RM600

• Fasa 1: RM650

• Fasa 2: RM700


Catatan: Semua harga tiket dikecualikan yuran pemprosesan. Festival ini hanya untuk mereka berumur 18 tahun ke atas sahaja. Untuk maklumat lanjut layari @bmfl2020 di Facebook dan Instagram. MYBUZZ!

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.