SUNWAY PUTRA HOTEL TAWAR BUFET ISTIMEWA SEMPENA HARI KEKASIH 14 FEBRUARI INI

Sudah hampir sebulan kita melangkah ke tahun 2020, mungkin hajat atau impian anda ada yang telah tercapai atau sebaliknya. Oleh itu sempena Hari Kekasih atau Valentine's Day yang bakal disambut oleh jutaan pasangan di seluruh dunia pada 14 Februari ini. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur tidak ketinggalan menawarkan hidangan bufet malam istimewa bagi pasangan bercinta atau orang kesayangan anda.


Dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM108 bersih seorang anda akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa dari masakan Malaysia dan juga barat.


Hotel yang terletak bersebelah Sunway Putra Malll berhadapan dengan PWTC ini juga memberikan potongan harga kepada warga emas dan kanak-kanak sebanyak 50% diskaun.


Antara pembuka makanan-makanan yang cukup menarik dan romantik seperti Fresh Oysters yang diimport khas dari New Zealand, Smoke Norwegian Salmon, Grilled Mackerel Fillet with Moroccan Dressing, Prawn Cocktail Salad dan lain-lain.



Tidak ketinggalan juga bagi pengemar sup, Crab Meat with Eight Treasure Soup dan Prawn Bisque with Cheese Croutons.

Turut disediakan hidangan Istimewa Melayu, India dan Cina seperti Tandoori Chicken, Lamb Briyani, Roasted Chicken & Steamed Chicken.


Anda juga boleh mencuba makanan BBQ seperti Udang, Sotong dan ikan.


Untuk pilihan menu utama yang pasti membangkit selera anda iaitu Grilled Beef, Roasted Chicken with Percik Sauce, Baked Cajun Chicken Drumstick, Smoky Barbecued Lamb, Pouched salmon in Consomme, Buttered Tiger Prawns Curry dan lain-lain.


Untuk pemanis mulut terdapat Ginger Chocolate Cheese Cake, Green Tea Red Bean Chocolate Cake, Lime Chocolate dan Mango Tiramisu.


Sunway Putra Hotel KL juga menawarkan promosi menginap selama 2 hari 1 malam beserta minum pagi dengan harga RM445+. Anda boleh menginap mana-mana jenis bilik kecuali Family Room, Family Studio dan Suite 2 Bilik Tidur. Promosi ini bermula 7 hingga 15 Februari ini. Yang menarik potongan diskaun 20% yang diberikan kepada tetamu untuk semua F&B sepanjang anda menginap di sini.

Untuk info lanjut anda boleh hubungi hotel di talian 03-4040 9888 sambungan 9038 atau emel kepada spkl.ch@sunwayhotels.com. Laman web di www.sunwayhotels.com. MYBUZZ!


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.