CANTIK TAK KENAL USIA, NORA DUTA PRETTIAN MALAYSIA

Faktor usia bukan penghalang untuk susuk tubuh wanita itu itu tampak cantik dan kelihatan menawan malah ia setanding dengan kejelitaan usia remaja. Penyanyi terkenal tanah air, Nora Ariffin atau Nora telah disuntik oleh Jenama produk kecantikan Prettian untuk menjadi Duta produk itu.


Menurut Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz berkata, pemilihan Nora dibuat berdasarkan penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak makan usia.


''Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju''


''Bagi kami, nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi'' tambah beliau lagi.


Baru-baru ini, semasa majlis pelancaran produk Prettian, Penyanyi popular dengan lagu Hanyalah Satu itu berkata,


'' Alhamdulillah, pertama kali saya berkolaborasi dengan produk Prettian dari Korea ini, sebelum itu saya mencubanya sendiri sebelum bersetuju jadi Duta dan produk Cleansing Oil adalah yang terbaik untuk saya''


''..rezeki selepas melalui fasa sedih sebelum ini, bagi saya tahun 2020 sekarang untuk meneruskan kehidupan dan seterusya dapat berkongsi dengan peminat dan masyarakat semua produk yang bagus...'' Ujar beliau lagi.


Nora juga dijangka bersama-sama dengan Prettian dalam siri jelajah promosi ke seluruh Malaysia dan mengadakan aktiviti bersama para pelanggan.


Ketika pelancaran produk tersebut, Nora juga turut mendendangkan beberapa buah lagu popular beliau antaranya Hanyalah Satu.


Prettian ialah siri produk penjagaan kecantikan dari Korea yang dikenali sebagai K Beauty. Ia menggunakan bahan asas semula jadi tanpa bahan kimia yang membantu memberikan kecantikan natural kepada pengguna.



Lebih menarik lagi produk ini merupakan produk premium dimana bahan yang digunakan tersebut adalah secara semula jadi yang dibawa khas dari Pulau Jeju.


Untuk info lanjut boleh ke laman web prettian.my dan juga di Instagram dan Facebook Prettian.my. MYBUZZ!