AL-FATEH SANTUNI 50 ANAK YATIM SEMPENA MAJLIS "MEET & GREET" 2020


Seramai 50 orang anak yatim dan kurang berkemampuan dari Rumah Kasih Harmoni, Taman Keramat di rai dengan meriah pada majlis “Meet & Greet” Al-Fateh yang berlansung di Hotel Concorde Kuala Lumpur semalam.


Majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk memupuk semangat bersedekah dikalangan stokis dan ejen-ejen syarikat makanan tambahan Al-Fateh Alami Sdn Bhd. Syarikat Al-Fateh Alami Sdn Bhd yang beribupejabat di Batang Kali, Selangor itu merupakan syarikat makanan tambahan kanak-kanak yang dikenali dengan produk terkenal Al-Fateh Junior. Menggunakan kandungan makanan Sunnah, produk Al-Fateh Junior sudah 3 tahun berada di pasaran.


Ketika sidang media selepas majlis berlansung, Tuan Arif bin Subri, selaku pengasas Al-Fateh berkata “Misi utama syarikat adalah ke arah “ Child Development & Nurturing” yang mengangkat anak-anak sebagai aset kepada agama, bangsa dan negara. Selari dengan perjuangan Al-Fateh iaitu menyediakan pentas terbaik untuk pembangunan dan asuhan kanak-kanak dan dengan itu, Al Fateh bersedia mewujudkan kelengkapan atau produk pemakanan sihat untuk generasi millenia yang terbaik, optimum dan selamat sebagai alternative kepada ibu bapa diluar sana”.


Majlis tersebut juga turut diserikan dengan persembahan oleh Mawi, pemenang Akademi Fantasia Musim ke -3 serta penampilan khas maskot program kanak-kanak popular Astro, Umar dan Hana. Selain itu juga, pihak Al-Fateh Alami Sdn Bhd juga turut melakukan pra pelancaran produk terbaru minuman susu coklat Al-Fateh yang mengandungi makanan sunnah serta keenakan buah kurma yang akan berada dipasaran pada April 2020 nanti.

Selain meraikan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan dari Rumah Kasih Harmoni, majlis “Meet & Greet” dimulakan dengan seminar penjualan oleh Puan Azlina Othman dan juga ceramah bertajuk “Pembangunan Akhlak Generasi Millenia Melalui Pemakanan Sunnah Antara Jihad Ekonomi dan Fardu Kifayah” oleh Ustaz Abu Aswad Al-Kubra pada sebelah paginya.

SEKITAR MAJLIS "MEET & GREET" 2020 AL-FATEH DI CONCORDE KL

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.