KENALI DAENG HAMIZAH SI GADIS 'BAWAL'

February 21, 2020

 

 

Berpegang kuat kepada prinsip 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan' serta senentiasa percaya bahawa minat yang mendalam, kesungguhan yang luarbiasa, usaha yang gigih dan konsisten telah menjadikan Daeng Hamizah Abdul Aziz, gadis ayu berusia 33 tahun yang juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari The Robert Gordon University, Aberdeen, Scotland sebagai seorang ikon usahawan yang disegani diselatan tanah air.

 

Kini Daeng Hamizah atau lebih mesra dengan panggilan Hamizah merupakan Ketua Pegawai Operasi, (COO)  di sebuah syarikat pemaju hartanah yang merupakan sebuah 'listed company' di negeri Johor Darul Takzim. Berkongsi cerita mengenai perlantikan beliau sebagai COO pada usia seawal 29 tahun membuat kami berasa begitu kagum dengan susuk yang sesuai kami gelar 'sophisticated lady' ini. 

 

Menurut Hamizah umur dah 'gender' bukan bukanlah halangan pada seorang wanita muda untuk memegang jawatan tinggi bukan sahaja didunia korporat bahkan  didalam industri yang didominasi golongan Adam.

 

Hamizah menyifatkan dirinya sebagai seorang yang cekal dan tidak mudah kenal erti putus asa. Beliau senentiasa mahukan  yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukan dan tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baru. 

 

 Hamizah tidak segan untuk turut sama melayan setiap pertanyaan pelanggan yang hadir sewaktu pelancaran butik kedua Dhamizah by Bawal Exclusive di Batu Pahat baru baru ini

 

 

Minat yang mendalam terhadap fesyen mendorong Hamizah untuk menceburi perniagaan hijab sejak enam tahun yang lalu meskipun sudah punya 'title' di dunia korporat. Hamizah memilih untuk menjual tudung bawal kerana merasakan aksesori penutup kepala wanita muslimah tersebut sebagai 'timeless hijab' yang mana ia tidak akan lapuk ditelan zaman selain ianya begitu sesuai untuk semua lapisan umur. Menurut Hamizah lagi, beliau memilih untuk menjual tudung bawal di bawah jenama 'Bawal Eksklusif' kerana keunikan varian tudung itu yang menggunakan kristal 'Swarovski' yang diimport dari Austria serta material yang selesa dipakai dan mudah dibentuk.

 

Hamizah memperlihatkan koleksi mewah tudung Bawal Exclusive bernilai RM9600

 

Berkongsi permulaan cerita beliau menjual tudung bawal kepada kami, Hamizah memberitahu, beliau memulakannya secara atas talian sejak April 2014 dan seterusnya membuka butik pertamanya di Johor Bahru, tujuh bulan selepas itu. Berkat usaha gigih selama enam tahun, membuahkan hasil apabila butik beliau 'Dhamizah by Bawal Exclusive' menjadi antara 'Premium Reseller Bawal Exclusive' terbaik di Malaysia yang mencapai jualan jutaan ringgit setahun. Hamizah berbangga apabila segala usahanya diiktiraf hingga kini. Beliau kini telah melebarkan jaringan perniagaannya dengan pembukaan cawangan kedua butik Dhamizah by Bawal Exclusive di Batu Pahat , Johor pada awal November 2019 yang lalu. Menariknya di butik ini tersimpan koleksi tudung Bawal Exclusive bernilai RM9600 antara yang termahal di Batu Pahat!

 

Hamizah telah membuktikan bawaha umur hanyalah suatu angka yang tidak menjadi penghalang untuk seseorang untuk mencapai kejayaan. Walaupun beliau sibuk bekerja sepenuh masa di syarikat hartanah, ia juga bukan faktor yang menghalangi Hamizah untuk terus memburu cita-cita serta minatnya  untuk bergelar usahawan yang berjaya. 

 

 Sekitar majlis perasmian butik kedua Dhamizah by Bawal Exclusive di Batu Pahat, Johor

 

 

Hamizah pernah disenaraikan sebagai salah seorang personaliti '40 Under 40' pada tahun 2017 oleh majalah Prestige Malaysia yang mana ia menampilkan 40 individu muda  yang sedang meniti kejayaan dalam bidang masing-masing, Beliau juga turut dinobatkan sebagai 'Best Personality 2018' oleh pengurusan Bawal Exclusive atas kejayaan beliau membawa jenama tersebut ke peringkat yang membanggakan.

 

Seperti usahawan berjaya lain, Hamizah punya harapan besar untuk menjadikan butiknya sebagai hub fesyen hijab nombor satu pilihan wanita berhijab, selain merancang untuk memiliki bangunan sendiri dalam tempoh masa terdekat demi keselesaan pelanggan serta kelancaran operasi perniagaannya. Hamizah juga menanam hasrat untuk mengeluarkan hijab serta aksesori fesyen dibawah labelnya sendiri suatu hari nanti disamping mempelbagaikan lagi cabang perniagaannya dan menembusi pasaran negara jiran seperti Brunei dan Singapura.

 

Pada anda yang berada di Johor dan yang inginkan koleksi terbaharu tudung Bawal Exclusive boleh terus melihat koleksi terkini di dua buah butik Dhamiza by Bawal Exclusive di Johor Bahru dan Batu Pahat. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi beg tangan jenama mewah dalam promosi Cabutan Bertuah bersempena pelancaran butik terbaharu Dhamiza by Bawal Exclusive, Batu Pahat. Untuk maklumat lanjut sila ikuti platform media sosial Facebook Dhamiza by Bawal Exclusive dan Instagram  Bawal Exclusive Johor 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
Please reload

Please reload

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.