'SLOWLY BUT SURELY' - PESAN DATIN IRA GHANI PADA USAHAWAN BARU

Mendekati sisi Datin Ira Ghani, banyak perkara yang boleh dipelajari daripada beliau. Selain dari menjadi pengasas kepada produk kosmetik Aura Seri, beliau juga pernah bergelar selebriti sebagai hos serta pelakon dan pernah membintangi beberapa drama tempatan seperti 7 Hari Mencintaiku, Kerana Anisa dan Menantu Ting Tong. Pendek kata aura wanita ini masih berapi.


Kesempatan bertemu dengan Datin Ira Ghani pada pertengahan Februari lalu sewaktu berlansung konvensyen usahawan Konvenita 2020 di ibu negara kami gunakan sebaik mungkin. Bercerita lanjut tentang perkembangan terkini beliau, Datin Ira Ghani memaklumkan beliau kini sedang sibuk sebagai perunding merangkap mentor kepada 10 orang usahawan pelbagai bidang di bawah program Hub Incubator MARA Perlis sejak Januari lalu.


Dibawah program itu, 10 usahawan terpilih akan 'dibangunkan' oleh Datin Ira Ghani menerusi modul yang telah disediakan oleh pihak MARA serta modul tambahan yang disediakan oleh beliau sendiri.


"Saya bertindak memberikan mereka pendedahan untuk melebarkan perniagaan dan melahirkan usahawan berjaya menerusi modul teori dan praktikal selama 5 bulan.

"Menerusi program ini, saya bertanggungjawab untuk memastikan 10 'protege' ini kekal dan memiliki etika serta imej yang betul sebagai pengasas produk, Walaupun mereka sudah ada pendedahan serta peluang niaga,Saya bertanggung jawab untuk cuba memberi pendedahan serta ruang yang lebih besar dengan pengalaman yang saya miliki " tambahnya.


"Saya nampak ramai orang diluar sana ingin jadi usahawan. Memang mudah untuk bergelar sebagai usahawan , namun bagaimana untuk kekal merupakan satu cabaran hari ini. Yang kita lihat usahawan hari ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Saya tidak mahu seperti itu, yang saya mahu seorang usahawan yang berilmu, dalam erti kata lain mereka ini profesional , ada imej dan etika yang betul. Bila kita bergelar usahawan kita bertindak sebagai 'role model' pada masyarakat." ujar Datin Ira lagi.


Bercerita lanjut kepada wakil media, Datin Ira Ghani turut berkongsi bagaimana cabaran yang dihadapi oleh beliau dalam melahirkan 10 'protege' ini sebagai usahawan yang berjaya serta hasil pembangunan yang telah berjalan selama hampir 2 bulan. Menurutnya cabaran yang paling utama adalah komitmen dari 10 'protege' tersebut.


"Untuk proses pembangunan mereka, komunikasi 2 hala amat penting, dimana saya bersedia berkongsi segala ilmu dan dalam pada masa yang sama saya mengharapkan mereka untuk menerima input yang saya berikan. Sehingga kini kalau dibandingkan dengan dahulu, sudah ada diantara mereka yang sudah hilang rasa malu dan berani untuk buat 'live' di media sosial serta memperolehi hasil jualan dan berjaya meluaskan pasaran hingga ke Singapura. Perubahan yang berlaku pada mereka hingga kini amat memuaskan".


Menyentuh tentang modul pula , Datin Ira memaklumkan pada peringkat awal kesemua mereka diberikan pendedahan tentang perancangan perniagaan. Selain itu kesemua peserta turut didedahkan dengan pelbagai kaedah pemasaran serta teknik perniagaan seperti 'online marketing', 'offline marketing', 'spiritual marketing, media engagement and networking' dan sebagainya sebagai 'tools' untuk membantu mereka sebagai usahawan. Menurut Datin Ira Ghani lagi beliau turut berkoloborasi bersama pakar- pakar dalam bidang tertentu bagi membantunya mempersiapkan 10 'protege' tersebut.


"Saya membina empayar perniagaan saya sebelum adanya media sosial. Pengalaman secara konvensonal itu saya gabungkan dengan keadah teknik terkini, 'online marketing' untuk jadikan ia sebagai satu medium untuk membantu meluaskan pasaran produk masing-masing". Akan tetapi saya sering tekan kepada mereka supaya bijak memilih cara untuk viral secara positif. Saya percaya perniagaan ini adalah fardu kifayah, bukan hari ni viral esok hilang!"


Berkongsi lanjut tentang pengalamannya membina empayar perniagaan beliau, Datin Ira Ghani menegaskan ia bukan sesuatu proses yang mudah. Beliau percaya semua itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seseorang usahaan itu bergerak dilandasan yang betul. Berpegang pada prinsip "slowly but surely", beliau turut berkongsi nasihat kepada bakal usahawan baru supaya bergerak secara perlahan dan tidak cuba untuk melawan arus serta mengejar keuntungan secara gelojoh. Kejayaan pasti datang bila tiba masanya.


Datin Ira Ghani turut memperkenalkan 8 protege yang hadir bersama sama beliau, Antaranya seperti Tanda Cinta Surprise, Zeezza Beauty, Mys Miracle, Trendsetter Studio, Missty Quruz dan Forrvanz Rich Legacy.


Daalm perkembangan lain, Datin Ira Ghani memberitahu beliau kini dalam proses merangka beberapa projek bagi mengembalikan semula jenama perniagaan Aura Seri miliknya.

SEKITAR SESI BERSAMA MEDIA DENGAN DATIN IRA GHANI DAN USAHAWAN HUB INCUBATOR MARA PERLIS DI PROGRAM USAHAWAN KONVENITA 2020









Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts

© 2018 by SeoJun

Meet The Team

Cyrill Hassan

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Ask me to know me. Get connected to my social media

Yus Yunus

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Social Icon

Nobody is perfect.  Always stay connected with me.